19 Januari 2019 (Sabtu)
Semalam Sis bersama [8] kawan² Sis telah menawan Puncak Bukit Kutu, Kuala Kubu Baru.
Pada awalnya Sis rasa ragu² sebab ramai yang kata Bukit Kutu tu treknya kejam dan
sepatutnya dah tahap gunung! Sis ada jugak bukak google carik info tentang
Bukit Kutu ni. Bukan apa, sebaiknya sebelum pendakian, carik la ilmu tentang
tempat yang kita nak tuju tu supaya boleh sediakan mental dan fizikal.. So,
serba sedikit yang Sis dapat mengatakan Bukit Kutu
kedudukannya berada dalam daerah Hulu Selangor iaitu di Kuala Kubu Baru yang
terletak berhampiran Kampung Pertak, Selangor. Bukit Kutu atau dahulunya
dikenali sebagai Trecher's
Hill yang terletak pada ketinggian 3456 kaki atau 1090 meter daripada aras laut. Dahulunya ketika
zaman kolonial British puncak Bukit
Kutu adalah stesen pemantauan tentera British. Namun ia terbengkalai
setelah dibom oleh tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua.
|
Ini Team kami seramai [9] orang |
Pendakian untuk sampai ke
puncak Bukit Kutu mengambil masa
lebih kurang tiga jam 30 minit perjalanan yang bermula melalui kawasan
perkampungan orang Asli Peretak penempatan baharu Kampung Orang Asli Simpang,
tidak jauh dari Empangan Hulu Selangor. Bukit Kutu juga banyak menyimpan seribu satu khazanah alam
semulajadi yang belum diterokai. Sis dan team memulakan pendakian sekitar jam
7.50 pagi dan kami sampai di puncak pada jam 11.20 pagi. Itupun sebab kami
banyak kali berhenti berehat, minum air selain menangkap beberapa keping gambar
kenangan.. [Ini wajib]
|
Muka pun dah tkde senyum |
|
Trek ok cuma memang kena mendaki |
Sesiapa yang pernah
sampai ke Lata Medang, pasti akan lalu jalan yang sama sebelum berpisah arah..
Di sepanjang laluan kita akan dihidangkan dengan pemandangan air sungainya yang
sangat cantik.. Banyak kawasan perkhemahan disediakan di kawasan ini yang
berhampiran dengan sungai [Dengan bayaran tertentu]. Kita akan melalui satu
sungai yang agak besar di mana Sis terpaksa membuka kasut tetapi tak pulak
lipat seluar sebab air agak dalam hingga atas daripada paras lutut. Kalau lipat
sampai lebih dari paras lutut, baik londeh jak tudung tu kan.. Wakakakaka.. So,
Sis bukak kasut tapi seluar basah la.. Sampai tebing, Sis perah seluar dan
pakai semula kasut. Tentulah tak selesa kan?? Tapi Sis tkde pilihan..
|
Salah satu tapak perkhemahan yang disediakan |
|
Salah satu jambatan yang perlu di lalui |
Selain kaya dengan
kepelbagaian spesies flora dan fauna, terdapat juga beberapa kesan peninggalan
sejarah semasa era pemerintahan British suatu ketika dahulu yang belum
diketahui umum. Perjalanan ke Bukit
Kutu agak mudah pada permulaannya, tetapi selepas melintasi dua buah
jambatan besi, kesukaran yang dilalui hanyalah merentasi bekas laluan balak.
Terdapat juga dua buah gua yang dikenali sebagai Gua Air dan Gua Kambing [Sis
tak jumpa benda ni sepanjang perjalanan. Selain Batu Tedung sahaja atau mungkin
ada beberapa batu besaq yang menyerupai gua yg dimaksudkan]. Bukit Kutu ini
juga adalah merupakan tempat peranginan bangsawan-bangsawan British suatu
ketika dahulu.
|
Laluan trek |
Dalam perjalanan menuju
puncak, kita akan temui beberapa bijik batu yang amat² besar dan pokok² yang
amat besar jugak.. Ada satu kawasan yang dinamakan Batu Tedung tu memang batu besaq tu menyerupai
ular tedung.. Sangat besaq sehinggakan nak ambik gambar penuh pun susah.
Almaklum tak cukup space. Hahahaha.. Sepanjang pendakian ni trek memang
banyaknya mendaki sahaja. Tapi tidaklah mencanak sangat.. Banyak juga jalan
agak landai. Banyak juga pokok buluh di sepanjang jalan.
|
Cer tengok batu ni mcm kepala ular tedung kan? |
|
Done wefie kat Batu Tedung |
Sebuah dataran tinggal yang amat luas dan di sekitarnya
kelihatan monumen lama kesan peninggalan British satu ketika dahulu.
Antaranya ialah bekas cerobong asap, dua buah perigi lama yang salah satunya
masih boleh digunakan dan masih terdapat sumber air didalamnya. Selain itu juga
terdapat peninggalan banglo lama. Di bahagian puncak bukit itu pula terdapat
sebongkah batu besar dan tinggi berhampiran kawasan perigi yang boleh melihat
panorama sekitar Empangan Hulu Selangor, Pekan Kuala Kubu Bharu dan kawasan
pergunungan berhampiran seperti Gunung Rajah dan Gunung Ulu Semangkuk.
Kira-kira 50 meter dari puncak terdapat sebuah bekas lot bangunan lama
tinggalan tentera British. Bagaimanapun, sebahagian binaannya telah rosak dan
runtuh serta ditumbuhi semak-samun dan pohon rimba. Kini, yang masih kekal
hanyalah bahagian tiang, lantai, rangka bangunan dan tangga.
|
Tinggalan banglo zaman pemerintahan British |
|
Tinggalan banglo zaman pemerintahan British |
|
Tinggalan banglo zaman pemerintahan British |
|
Cerobong asap tinggalan pemerintahan British |
|
Cerobong asap tinggalan pemerintahan British |
Oleh kerana di Puncak Bukit Kutu itu hanya beberapa orang sahaja
dalam satu-satu masa yang boleh naik, Sis tunggu lama untuk naik tetapi keadaan
yang sangat ramai dengan pendaki lain tidak mengizinkan.. Sudahnya Sis hanya
bergambar di bawah batu itu [Memang dah sampai puncak tapi ada satu besar yg
boleh view panorama di persekitaran empangan]. Sis kecewa juga tetapi orang
terlalu ramai ketika itu.. So kalau korg teringin nak daki Bukit Kutu ni,
datang jelah.. Memang sentiasa ramai pendaki. Beratus pun ada rasanya.. Memang
meriah dalam hutan dengan ragam pendaki. Kikikiki..
|
Alhamdulillah, sampai jugak.. |
|
Abaikan mamat kat belakang tu |
Selepas menikmati hidangan tengahari [Nasi Lomak], Sis sempat ke
perigi untuk membasuh tangan. Ketika itu Sis jumpa seorang adik lelaki sedang
berusaha mendapatkan air dari dalam perigi itu tetapi mungkin adik tu tak reti.
Sama macam Sis.. Hahaha, katanya nak minum air tu.. Sis seram jugak takut
terminum berudu.. Kikikiki.. Selepas membasuh tangan, Sis pun bersiap-siap
untuk turun..
|
Perigi yg masih berfungsi |
Team kami mula bergerak turun sekitar jam 12.20 tengahari..
Alhamdulillah, perjalanan turun agak laju sebab semuanya menurun kecuali ada
satu tempat yang laluann ya mendaki tetapi tidak berapa panjang. Kaki Sis agak
sakit kerana menahan daripada terlicin memandangkan kami jalan menurun.
Ditambah dengan kaki Sis yang rasanya dah basah…
|
Batu Tedung. Memang ramai org! |
Alhamdulillah, kami sampai ke bawah sekitar jam 2.30 petang.
Semasa berada di sungai, Sis rendam kaki semahunya.. Sis tengok kaki Sis dah
putih macam nak terkopek.. Penangan pakai stoking yang lembab rasanya.. Kami
terpaksa menunggu beberapa rakan yang lain di situ memandangkan kami juga
dikhabarkan bahawa Jabatan Perhutanan sedang membuat Ops kepada pendaki yang
tiada permit.. [Team kami pun tak apply permit]..
|
Separuh nyawa dah hilang.. Kikikiki |
Lebih kurang setengah jam kemudian, kami pun berjalan kaki balik
ke lokasi parking.. Syukur Alhamdulillah sahabat kita Jabatan Perhutanan tiada
di situ [Mungkin dah stand down] dan kami pun balik la dengan rasa riang
gembira..
Terima kasih kepada sahabat Sis team Pegawai Trafik IPD Ampang
Jaya yang telah mempelawa Sis untuk mengikuti team mereka kali ini. XPDC kami
seterusnya adalah menawan Puncak Gunung Nuang pada Februari nanti!
|
Kami skuadmate! |
[Balik rumah, Sis rasa kaki Sis dah mula sakit.. Esok mesti kena
urut ni!]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan