25
Disember 2018 (Selasa)
Hai,
bersua lagi kita di entry kali ini. Entry kali ini Sis nak ‘throwback’ kembali lokasi-lokasi yg
pernah Sis singgah dulu. Dek kepenatan dan kekangan masa, Sis tak mampu update on time semua peristiwa
bersejarah Sis.. Hahahaha, bersejarah ok! So,
let’s me wrote all the memory here for ‘kenang2an’ anak cucu cicit Sis
nanti. Mudah2an Allah memberkati, hingga akhir nanti..
X’mas
lepas, Sis balik kampung. Fly memalam dan sampai pun memalam jugak. Sis stay
umh kawan Sis kat KK. Sebabnya kami dah plan nak ke Maragang Hill, so selepas subuh, kami
bertolak dari Kinarut menuju ke Kundasang.
Semua
ni gara2 kawan Sis – Cla namanya. Gerak agak lewat so sampai pun lewat. Sumpah! Sis tak pernah lagi hiking start sekitar jam 11pagi! Hahahaha..
Matilahnak..
Sepanjang
perjalanan menuju ke Kundasang, kami disajikan dengan pemandangan indah bukit
bukau dan sekali sekala kaki Gunung Kinabalu. Sekali sekala itu jugak kami
berhenti untuk ambik gambar, makan, jalan2.. Tak tahu sampai bila la kt lokasi
ni..
Syukur,
akhirnya kami sampai juga ke Kampung Mesilou, Kundasang, Ranau. Lokasi cantik
dengan cuaca agak sejuk. Mungkin sebab tu orang2 sini putih melepak macam Sis.
Kahkahkah.. Perasan!
Sebelum
memulakan pendakian, kami telah menuju ke Pejabat Maragang Hill untuk sesi
pendaftaran. Seorang dikehendaki membayar RM65 sekali dapat sijil dan guide. Ini kerana hanya kami berdua
sahaja yang berniat untuk mendaki pada masa itu. Lagipun Maragang Hill ini
merupakan private land yaaaa, bukan
hak milik kerajaan.. So, nak tak nak, kena la bayar.. Wlupun Sis rasa agak
mahal kot.. Kat Semenanjung Sis rasa, murah jak bayar permit. Hahahaha..
Mungkin juga sebab bukit ini milik persendirian org kmpg.. So, kita layankan
jak..
Selepas
mendaftar masuk di satu pondok yang diubah suai menjadi pejabat, kami telah
diserahkan kepada seorang guide yang
kemudiannya dikenali dengan nama AMIR. Lebih kurang Malim Gunung la yaaa.. Kami parking berhampiran pejabat tersebut,
dan menaiki sebuah van usang. Kami di hantar ke starting point yang agak jauh jugak dari pejabat kami daftar tadi.
Pemandangan sepanjang jalan memang sejuk mata memandang. Mcm kt luar Negara gamaknya.
Kikikiki..
Semasa
sampai di starting point, kami lihat ada sekumpulan pendaki telah selamat turun..
Hahahaha, kami pulak baru nak start. Tkpe kot, nak masuk hutan jugak. Takde la
panas kan.. Lagipun cuaca sejuk.. Nyaman jak..
Selepas
buat sedikit regangan dan bacaan doa, kami terus memulakan pendakian. Allahu,
awal-awal lagi dan mencanak! Tinggi jugak. Trek agak mencabar sebab laluan
licin disebabkan musim hujan..
Sepanjang
pendakian, kami asyik bersembang. Maunya tak penat, sambil panjat, sambil
sembang. Mengah jugak Sis. Hahahaha.. Pemandangan sepanjang jalan memang
awesome! Mossy pun ada! Ada jugak beberapa kali Sis terlicin dan hampir-hampir
terjatuh kerana trek yang basah. Tapak kasut Sis pun sampai tercabut!! Sebab
berat tanah melekat kat tapak kasut. Mulanya Sis nak bawa balik tapi tak larat
nak bawa.. So, buang jelah kot nanti kasut ni. Sedih Sis.. Dah kasut ni kalis
air.. Merah lagi!
Sis tidak pasti berapa lama perjalanan kami.. Namun lebih kurang 200 meter sebelum sampai ke peak, kami singgah solat di satu lokasi yang telah dikhaskan untuk berehat.. Ada air tadahan hujan namun Sis takut ada anak katak. Hahahaha.. Selesai solat, kami teruskan perjalanan hingga ke puncak Maragang Hill..
Yeahhhhhhh..
Sedikit
merugikan kerana kami tidak dapat melihat kaki Gunung Kinabalu disebabkan kabus
tebal…. Yelah naik pun dah tengahari kot.. Terima la apa adanya kan..
Check
it out!
Photo
sepanjang perjalanan kami..
Selepas
berehat lebih kurang setengah jam, kami bertiga pun turun semula.. Sepanjang
perjalanan turun, memang menurun la sebab tiada rasanya jalan turun yang
menaik.. Kikikiki, so cepat jugaklah Sis sampai..
In
Shaa Allah, jika berkelapangan lagi, Sis nak naik sekali lagi tapi nak naik
untuk lihat sunrise dan kaki gunung.. Dan mudah2an nanti, yurun masuk dah
semakin murah..
Taraaaaaa,
kami dah sampai kat bawah..
Selepas
mendapatkan sijil, kami mandi di tandas yang disediakan di sekitar pejabat
pendaftaran itu. Selesai mandi, kami singgah solat di Masjid atas bukit dan
kemudiannya ke Pasar Sayur Kundasang untuk beli makanan. Lapaq kot.. Hahahaha…
Perjalanan
balik KK, Sis drive memandangkan Cla dah pewai dan sakit kaki. Alhamdulillah
sekitar jam 7.30 petang, kami sampai di Stesen Minyak Petronas Pekan Tamparuli.
Selesai mengisi minyak, kami solat dan teruskan perjalanan ke Pusat Bandar KK..
Sis
plan kalau masih ada transport ke Tenom, Sis akan balik malam ini jugak..
Sampai kt Hentian Bas Tenom, syukur alhamdulillah, ada sebuah van kebetulan
hendak berlepas ke Pekan Keningau. Sis pun say good bye pada Cla dan naik van
berlepas balik ke Keningau.. Dah call adik untuk pick up Sis kat Keningau nnt!
Sekiannnnnn…..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan