29
DISEMBER 2018 (SABTU)
Sis bersama anak buah Sis yang namanya si Nana
telah berjanji untuk hiking ke Bukit Selomitha, Kg. Kitung, Keningau. Itupun
Nana yang carik tempat memandangkan Sis rasa dah nak mereput cuti hanya goyang
kaki kat rumah.. Puas carik kat Google, akhirnya Nana terpaut hati dengan Bukit
Selomitha ni. So, pagi2 lagi kami dah bertolak dari kampong (Kg. Makaniton,
Tenom) menuju ke destinasi. Berdasarkan sumber Mr. Waze telah membawa kami ke simpang
ACB Quary (sebelah kiri jalan dari arah Tenom – Keningau).
Kita hanya perlu masuk menyusuri kuari tersebut
kerana di dalam ini ada lagi kampong (Kg. Kitung, Keningau). Jujurnya, jalan
agak mengelirukan kerana tiada sebarang tanda arah menuju ke Bukit Selomitha
ini. Namun jika korg gunakan waze, pasti akan sampai.
Jika korg lalu di sini dan ternampak dua buah
rumah yang terbengkalai, maknanya laluan korang betul. Teruskan memandu hingga
jumpa papan tanda KG. KITUNG.
Jalan terus masuk kedalam dank org akan temui
PARKING yang di tulis di tepi jalan. Lebih kurang 100 meter di hadapan, boleh
parking dengan kadar RM2 untuk sebuah kereta. Kami telah park di kawasan tersebut
dengan membuat pembayaran kepada sumandak yang ada di sana. Selepas itu, kami
berjalan kaki lebih kurang 200 meter untuk ke kaki Bukit Selomitha.
Oh ya, sebenarnya korg masih bleh drive hingga
di Pintu Masuk Bukit Selomitha. Ini disebabkan jalan masih berturap (hanya
untuk tayar kereta sahaja) cuma jalan agak mencanak dan melalui kebun buah2an
org kampong. Lebih elok kalau guna powil. Hohoho. Sis guna Saga jak tu pun
pinjam mak punya.. Syukurlahnak..
Okey, tima kami sampai ni, pemilik bukit ada
bersama.
Kami membuat pembayaran sebanyak RM5 (RM3 –
Dewasa, RM2 – Kanak2) sebelum memulakan pendakian. Ingat taw, mula2 daki ikut
laluan kebawah sebelah tandas..
Pada Sis, uniknya tempat ni sebab banyak Papan
Tanda memaparkan Mutiara Kata yang dibuat oleh pemiliknya. Rasa happy pulak
baca. Hahahaha.. Trek santai sahaja dan tak susah mana pun. Seronok sebab
kawasan sejuk dan tidak panas. Mungkin sebab dalam hutan yang pokok2nya tinggi
hingga menyukarkan cahaya matahari menembusi laluan kami. Sepanjang jalan
terdapat beberapa tempat disediakan untuk berehat.
Taraaaaaaa, ada Air Terjun Selomitha jugak kat
dalam ni.. Cuma malangnya, air kering. Kalau ada, tentu lagi seronok. Pakej
sekali boleh mandi. Hahahaha..
Batu-batu pun di warnakan menampakkan unik dan
cantiknya suasana hutan.
Ada mata air tapi agak kering jugak. Mungkin air
tak cukup deras.
Akhirnya kami sampai di Puncak Bukit Selomitha.
AWASSSSSS, Sis rasa kat puncak ni banyak nyamuk.
Mungkin sebab berhampiran dengan pokok getah. Tapi di sepanjang laluan naik ke
atas ni, langsung tiada nyamuk. Nyamuk hanya ada di Puncak sahaja sehingga
turun semula ke bawah. Nasib baik Sis ni dah biasa bertemanan dengan nyamuk, so
tiada masalah sangat la. Kikikiki..
Di Puncak Bukit Selomitha ini ada Rumah Hobbit
yang masih dalam pembikinan. Cantik. Unik. Ada jugak buaian di bawahnya.
Sambil2 berehat, boleh jugak duduk dalam buaian sambil mamam2. Hahahaha.. Sis
dan Nana ambik masa dua jam untuk sampai ke puncak sebab kami jalan santai. Banyak
berenti untuk snap gambar dan berehat ambik nyawa sambil makan2.. Korg kalau
laju sejam mungkin boleh sampai.
Dari puncak turun ke bawah tak jauh. Mungkin
sekitar 45 – 50 minit sahaja itupun kami jalan santai. Agak curam jugak laluan
turun tapi jangan risau, di semua laluan yang agak2 mencabar, ada tali
disediakan..
So, kami pun berjaya turun dengan gembiranya..
DI bawah (Check Point), sempat berborak dengan
Tuan Tanah. Tanya pemilihan nama bukit ini bersempena nama orang atau
bagaimana. Tuan Tanah bagitahu pemilihan berdasarkan nama yang mendamaikan,
mungkin sesuatu yang mampu menarik minat orang ramai untuk mengenali bukit
ini..
Ya, Sis rekemen baik korg yang nak hiking.
Datang la BUKIT SELOMITHA. Tak rugi sebab menyajikan pemandangan yang aman
damai, tenang berada dalam hutan dan trek yang agak mencabar dengan suasana
yang tenang. Sis suka dan akan repeat lagi kalau Sis balik Sabah nanti.. Kali
ni, nak bawa satu family.. Sambil makan2 kat atas tu..
Ok korg, Sis dah, korg bila lagi??
Hehehehehe…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan