Sabtu, 16 Februari 2019

ROCK CLIMBING Via FERRATA, PAYA GUNUNG


Semalam, genk Sis telah mencuba sesuatu yang baru iaitu Rock Climbing Via Ferrata di Paya Gunung, Jerantut. Via Ferrata ni berasal dari bahasa Itali yang bermaksud 'laluan besi'. Ianya merupakan satu laluan di gunung di mana tangga, kabel keluli dan pemegang besi di tanam di permukaan batu lereng gunung tersebut. Dengan adanya Via Ferrata, pendaki boleh mendaki dengan risiko yang rendah dan tidak perlu dilahirkan dengan bakat Rock Climbing dan mendaki menggunakan tali dan 'belay'. Menarik bukan? 


First time nampak iklan di Group HARAM [FB] punya la excited nak join. Sebab? Bila nampak gambar yang di post punyalah syantekkk view dia. Jadi Sis tidak berfikir panjang, melihat salah satu tarikh (16/02/2019) yang ditawarkan tersebut Sis & The Genk terus daftarkan diri untuk menyertainya. Untuk makluman, dalam Malaysia, hanya terdapat [2] via ferrata iaitu di lokasi ini dan di Gunung Kinabalu!


Sebelum mula mendaki via ferrata, peserta dikehendaki melunaskan bayaran RM80 seorang bagi pakej pendakian (di via ferrata terdapat pakej lain iaitu caving explore, abseiling) kemudian taklimat pendakian dan keselamatan diberikan. 


Sis & The Genk join trip sekali dengan peserta daripada PKNS. Segala urusan ini kami deal dengan Cikgu Wan Ruhaiza bin Wan Daud


Daripada PJ kami bergerak seawal jam 05.00 pagi. Singgah subuh di Stesen Petronas laluan highway ke Bentong (Maaf, Sis tak ingat lokasi). Perjalanan menurut Mr. Waze lebih kurang dua jam dan 30 minit. 

Sis & The Genk sempat bersarapan di gerai tepi jalan sebelum masuk ke kawasan penempatan Kg. Paya Gunung, Jerantut.. Mudah juga sebenarnya untuk sampai ke lokasi ini. Berpandukan Mr. Waze, kami tiba lewat 10 minit daripada masa yang ditetapkan oleh pihak penganjur.. Hahahaha, maaf yaaa..

Akhirnya kami sampai di kawasan parking Paya Gunung. Pada ketika itu, Sis & The Genk lihat peserta PKNS dah ramai standby. Tinggal menunggu pihak penganjur untuk sampai dan taklimatkan..





Sebaik pihak penganjur sampai, kami telah diberikan peralatan untuk mendaki. Taklimat keselamatan juga diberikan oleh Cikgu Wan. Kami kemudiannya berjalan menuju ke starting point Puncak No 1 iaitu bahagian bertangga besi. Puncak pertama difahamkan adalah setinggi 130 meter manakala puncak kedua yang terletak di sebelah Puncak No 1 pula setinggi 150 meter. 




Laluan memanjat batu kapur ke Puncak No 1 tidaklah sesukar mana kecuali bahagian yang melengkung ke luar, merembaskan andrelin bila mencari tempat berpijak dan berpaut (boleh paut pada kabel besi, tapi nak kepuasan lebih buat ala-ala rock climbing). Di puncak No 1 terdapat batu-batu tajam, agak sukar nak duduk lama2 dan agak panas yaaa. Ada beberapa spot untuk posing ambil gambar di puncak. Cabaran memanjat Puncak No 1 bukanlah masa menaik, tapi masa menurun. Agak sukar mencari tempat nak berpijak. Tapi Sis rasa, lebih mencabar memanjat daripada menurun.. Pemakaian kasut yang sesuai dan sarung tangan sangat la membantu untuk aktiviti ini!





Puncak No 2 selepas turun dari Puncak No 1, peserta kemudian perlu berjalan sedikit untuk ke kaki Puncak No 2. Dari sini peserta ada dua pilihan untuk naik ke bahagian memancat dinding samada melalui tangga kabel besi atau mendaki bahagian yang terdapat akar pokok yang boleh dijadikan tangga. Sis & The Genk memilih untuk naik melalui tangga kabel besi. Tidak seperti Puncak No 1, bagi Sis laluan untuk naik ke Puncak No 2 lebih ok berbanding Puncak No. 1.



Puncak No 2 lebih banyak view dan spot untuk bergambar berbanding Puncak No 1.  Tapi seperti biasa, agak panas dan tempat untuk duduk pun tiada disebabkan batu² yang ada semuanya tajam² belaka. Hahahaha, renting rasa! Namun melihat view yg sangat cantik dari atas, Sis rasa sangat berbaloi.. Untuk mereka yang gayat, Sis rasa ini bukan aktiviti sesuai untuk kalian!




Terus terang Sis katakan bahawa Via Ferrata Paya Gunung adalah tempat yang sesuai bagi menguji kemampuan diri. In Shaa Allah, jika diberi peluang sekali lagi, Sis rasa nak panjat lagi. Dan kali ini biarlah sekali harung dengan Gunung Senyum dan Air Terjun Berembun..




Sebab trip kali ini, Sis & The Genk datang semata² untuk rock climbing sahaja.. 




Alhamdulillah, Sis & The Genk selamat panjat dan turun.
Selepas kembalikan peralatan keselamatan yang digunakan, kami bersihkan diri sebelum solat zohor jamak asar sekali. Oh ya, di kaki gunung ni ada tandas dan surau yang sangat selesa yaaaa.. Kapada yang berminat untuk panjat, bleh hubungi Cikgu Wan untuk keterangan lanjut! 




Pengalaman yang sangat best!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ROCK CLIMBING Via FERRATA, PAYA GUNUNG

Semalam, genk Sis telah mencuba sesuatu yang baru iaitu Rock Climbing Via Ferrata di Paya Gunung, Jerantut. Via Ferrata ni berasal dari...