Isnin, 4 Februari 2019

HIKING : GUNUNG ANGSI

Date  :  03/02/2019 (Ahad)  
Masa Pendakian  : 0815hrs 
Sampai Puncak  :  1015hrs
Masa Turun : 1052hrs
Sampai Parking : 1205hrs


Trip santai kami [9] orang!


Salam Pergunungan korang semua!!
Alhamdulillah, ahad yang hening lagi bening, Sis & The Genk dengan semangat yang berkobar-kobar berjaya menawan Puncak Gunung Angsi yang letaknya di Kuala Pilah, Nogori 9.. Seawal jam 0540pagi, Sis dah bergerak dari kediaman Sis menuju ke check point kami.. Kat mana? Ya, mcm biasa kalau pegi ngan genk ni, Sis akan datang ke BSPT Ampang. Sebab Sis tumpang depa.. Jimat Sis taw.. Hahahaha..

Selepas breakfast, kami bergerak dari Ampang menuju ke laluan Bukit Putus. Difahamkan Gunung Angsi via Bukit Putus laluannya agak santai berbanding daripada Gunung Angsi via Ulu Bendul.. Gunung Angsi mempunyai ketinggian 825 meter (2,702 kaki) dan lebih kurang 4.5 ~ 5km. Letaknya di Tanjung Ipoh di Kuala Pilah.

Ok, sebelum mendaki biasanya kami akan buat sedikit regangan dan bacaan doa sebelum pengagihan makanan. Terima kasih kepada Puan Beat sebab setiap kali Sis polo trip depa ni, Sis mesti ditaja sepenuhnya. Termasuk pemberian makan dan air.. Hahahaha, breakfast pun di taja taw.. Sis bawa diri dengan kudrat jak, bahagia tak? Hahahaha..

Ok, selepas buat regangan semua tu, kami beratur di Kaunter untuk pendaftaran masuk dan pembayaran permit mendaki. Permit RM5 seorang. Tu pun depa bayarkan untuk Sis.. Syoknya laa ikut trip ni. Kikikiki..

Kawasan Parking di kaki gunung
Kaunter Pendaftaran / Pembayaran Permit
Selepas selesai urusan pendaftaran dan pembayaran, kami mula mendaki. Jam lebih kurang 08.15pagi. Permualaan pendakian adalah menaiki tangga. Memang tinggi dan agak lenguh sebab awal² lagi dah mencanak tingginya..


Kali ini Sis lupa bawa sahabat sejati Sis - monopod. Makanya agak susah jugak Sis nak selfie ni. Hahahaha, akibatnya juga, tak banyak pic Sis dapat ambik sebab Sis malas nk tangkap gambar tanpa monopod. Pelik juga Sis bleh lupa benda tu. Bukankah selfie tu hobi Sis??

Ok, trek ke Gunung Angsi (via Bukit Putus) ni pada Sis adalah santai sahaja. Laluan yang mulanya mencanak kembali landai beberapa meter selepas itu. Jalan agak bersih dan luas.. Jujurnya, trek sangat santai dan seronok. Di sepanjang jalan, banyak disediakan tempat untuk berehat.. Laluan juga tidak mungkin akan sesat kerana jalan tunjuk arah yang sangat clear.. 
Laluan anak tangga di permulaan pendakian
Semasa Sis & The Genk mendaki Gunung Angsi ni, ramai juga trip lain yang mendaki sama. Hujung minggu, ramai yang mengambil kesempatan untuk sama² beriadah di sini. Agak sesak tapi setiap kali mendaki, kita pasti akan bertemu dengan ramai orang sekaligus menambahkan kenalan hutan kita.. Hahahaha..
Kayu² diletakkan bagi memudahkan perjalanan dalam keadaan becak
Semasa mendaki, Sis ada berhenti di sebuah pondok dengan hiasan tanglung. Bayangkan dalam hutan ada pemandangan begini? Seronok rasanya, Sis berehat sambil minum air...
Seronok tak? Hohoho.. Rajin Renjer Hutan N9 buat benda ni. Gigih depa no bawa peralatan untuk dirikan pondok ni. Alhamdulillah, terima kasih kerana memudahkan pendakian kami.. Terbaikkkkk, Sis bagi 5 bintang!

Sepanjang perjalanan, kami banyak berehat selain menikmati seadanya suasana hutan. Sambil berborak dengan pendaki lain, bleh bertukar² pengalaman.. Inilah yang dinamakan, 'hutan menyatukan kami'.. Kikikiki.. Sis pun lelah juga tapi acah² padu. Hahahaha..


Kerana trek yang santai, kami bleh berlari² org tua lagi semasa mendaki.. Lelah tu jangan kata la.. Memang carik lelah sungguh.. Tapi kami seronok.. Bleh dengar burung berkicauan.. Bleh lihat binatang.. Bunga. Cendawan. Dengar mcm² yang tak pernah kita dengar kat bandar.. Tenang sangat. Mata pun segar melihat keindahan hutan yang menghijau..


Lebih kurang dua jam pendakian, akhirnya kami sampai di Puncak Gunung Angsi. Fulamakkkk, ramainya hamba Allah.. Sis sampai² jam terus carik port nak duduk dengan bahagianya.. Almaklum, agak panas jugak kot. Masa Sis duduk tu, team yang ada kat depan Sis siap pelawa Sis makan lagi.. Seeeeee, inilah yang tkde kat bandar.. Kami kat hutan ni semua jadi kawan.. Depa pelawa Sis makan western food lagi.. Kuikuikui.. Malangnya lidah Sis yang kekampungan ni tkleh terima.. So, Sis tolak dengan senyuman..
Sis ada bawa bekal yang Puan Beat bagi - Mee goreng sambal teloq. Sis plak kalau dah penat memang tak lalu nak mamam.. So, mamam sikit jak la.. Sekadar bagi pahala kt Puan Beat atas usaha dia sedekahkan makanan ni kepada kami.. Moga Allah memurahkan rezeki dia, aamiin...


Lebih kurang jam 10.52pagi, kami mula turun daripada pendakian kami. Syukur alhamdulillah,lebih kurang sejam 15 minit kami dah sampai ke kawasan parking.. Sepanjang jalan kami asyik berborak hingga tak terasa dah sampai bawah.. Mungkin trek yang sangat santai memudahkan laluan kami. Kami hanya berhenti untuk minum sahaja..


Dan akhirnyaaaaa, taraaaaa...

Kami dah menuruni tangga untuk ke kawasan parking.. Alhamdulillah, hari yang sihat..

Disebelah kaunter pendaftaran, ada di sediakan surau.. Tandas pun ada. Alhamdulillah sangat selesa..

Sis sampai kt kereta, terus buang kasut pakai selipar.. Perggghhh, lepak bawah pokok sambil minum air kelapa sambil meunggu kawan² yang lain sampai.. Bahagia rasa.. In Shaa Allah, akan repeat lagi. Sebab trek santai!!



Sekian dulu coretan Sis..
Nanti Sis nak update kisah Malam Bollywood kami baru² ni.. Hahahaha.. Tunggu taw!!!

[Terima kasih Sis pada Insp. Anuar, BSPT Ampang kerana tak jemu² undang Sis join trip free depa]

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ROCK CLIMBING Via FERRATA, PAYA GUNUNG

Semalam, genk Sis telah mencuba sesuatu yang baru iaitu Rock Climbing Via Ferrata di Paya Gunung, Jerantut. Via Ferrata ni berasal dari...