05
Januari 2019
Alhamdulillah,
pembukaan tirai 2019 Sis dan team telah sepakat menawan Puncak Gunung Berembun yg Sis sendiri
keliru letaknya dimana? Kuala Pilah or Jelebu? Yg pasti pengalaman ini sedikit
sebanyak menguji keupayaan Sis bergelar 'hikers'.
Hahahaha, sebab agak berat jugak utk smpi ke garisan penamat..
Seawal
jam 0500 pagi, Sis dan Ojja dah bergerak dari PJ menuju ke lokasi RV kami di
Masjid Pantai, Jelebu. Sis dah waze,
lebih kurang sejam 20 minit sahaja. So, Sis plan bleh la singgah solat di
masjid tu sebelum bergerak ke starting
point – Loji Air Pantai. Kami bergerak menggunakan highway LEKAS dan exit
Ampangan / Seremban.
Alhamdulillah,
seperti jangkaan kami tiba di Masjid Pantai sekitar jam 0615 pagi. Selepas park
keta, kami menuju ke masjid utk solat subuh. Memang masjid ni ramai orang yaa..
Sebab hikers yang nak mendaki Gunung
Berembun pasti akan melalui lokasi ini sebelum menuju ke starting point yang jaraknya sekitar 1.2km ke Loji Air Pantai.
Semasa
dalam masjid ni, Sis nampak ramai hikers
lain. Rasanya diorg pun sama tujuan ngan kami, atau jangan2 kami satu team..
Hohoho.. Selesai subuh, kami ambik keputusan untuk sarapan dulu di gerai sebelah
masjid. Bnyk gerai ada kt sana ya.. Jgn risau. Buka pun awal. So kami pun makan
la dulu. Sis makan sekeping jak roti canai, Ojja yg cekeding tu makan sampai
dua. Time sarapan ni la Sis jumpa Captain Azuan dan Ustaz Hasnul. Depa dua ni
adalah GOGO yg bertanggungjawab membawa team kami menawan puncak Gunung
Berembun kali ini.
Selesai
sarapan, kami bergerak ke starting point
di Loji Air Pantai. Lebih kurang 7 -10 minit, maka kami pun sampai kt sana,
parking free yaa. Bleh parking ikut suka janji tk menghalang laluan kenderaan
lain. Sementara menunggu kawan-kawan lain, kami dok lepak sesaja la.. Oh ya,
utk trip kali ini, seramai 32 orang yaaaa..
Lebih
kurang jam 0800pagi, semua dh ada. Captain Azuan memulakan misi dengan memberi
beberapa taklimat selain mengagihkan makanan dan minuman tengahari kepada semua
pendaki. Kami juga buat sedikit renggangan sebelum mendaki dan turut membaca
doa yang di pimpin oleh Ustaz Hasnul.. Sis juga telah sembur BYGON iaitu spray
anti pacat.. Giler tk geli… Hahahahah.. Selepas membayar permit (RM5 seorang),
kami pun memulakan sesi pendakian. Pada ketika itu sekitar jam 0850pagi..
Perjalanan
dari starting point tidaklah begitu
sukar. Tetapi Sis rasa lebih (10) anak sungai terpaksa di redah selain sebatang
ibu sungai yang agak besar. Untuk menyeberangi sungai ini – Lata Berembun, Sis
terpaksa bukak kasut. Menurut Captain Azuan, sebelum ini ada sebatang pokok
besar dijadikan sebagai jambatan untuk para hikers menyeberangi sungai ini
namun pokok tersebut telah dihanyutkan sungai deras..
Kami
menyambung perjalanan sehingga tiba di GUA KAMBING. Sis pun kurang yakin, kenapa lokasi
ini dinamakan Gua Kambing?? Tak kan kambing tu rajin sangat nk berGUA kt atas
ni.. Jauh kot??
Kt
Gua Kambing ni adalah last water point
yang ada. Di sini juga rasanya ada hikers
yang bercamping. Sebab bnyk peralatan
memasak di tinggalkan di kawasan tersebut. Sebijik batu yg besar terletak di
kawasan ini menyebabkan kawasan ini agak redup dan tertutup membentuk seakan
gua. Kami berehat di kawasan ini agak lama juga. Sambil minum, makan buah dan
rehat2 ambik nyawa..
Seingat
Sis, kami memulakan pendakian menuju puncak Gunung Berembun sekitar jam
1100pagi. Selepas Gua Kambing ni, trek dia mencanak yaaa.. Sis tengok dari
bawah ke atas rasa mcm tk sanggup weiiiii.. Tinggi kot.. Mulalah rasa sedih..
Kikikiki.. Tapi apakan daya, Sis tkde pilihan. Nk tk nk, Sis kena redah jgk..
Kuikuikui..
Sepanjang pendakian ini, Sis rasa ok jgk cuma normal la klu mengah kn? Berkali-kali Sis benti minum. Rehat. Selfie. Mcm2 la.. Terima kasih la Captain Azuan merangkap sweeper sebab melayan Sis dengan bersabar.. Bnyk kali kot dia offer nk bawakan beg Sis ni, tapi Sis control ‘macho’ tk nk bagi.. Nk bawa sendiri konon.. Hahahaha, berat siotttt.. Sis pun tk fhm, benda apa Sis bawa ni.. Adoiiiii.. Nasib baik trip kali ini ramai mokcik2 jgk tapi padu2 belaka.. So, Sis join depa ni la.. Sambil sembang, sambil manjat.. Tak ka semput?? Hahahaha..
Akhirnya
lebih kurang jam 1215pm, Sis smpi kt puncak. Sis tengok Ojja dah senang2 duduk
rehat.. Wuuaarrgghhh, Sis terus berlari buang beg dan terus duduk berhimpit kt
tikar yg dh di bentangkn kt sana.. Time tu Sis tkleh bersembang sebab terlampau
penat. Wakakakaka.. Depa yg dok perati gelak jak..
Selepas
Sis rasa ok, Sis pun mula la berselfie sakan.. View tk nmpk apa pun, cuma satu
kepuasan yaaaa bila kita dok dalam hutan melihat keindahan ciptaan Allah,
tenang, damai, aman.. Hnya yg kedengaran kicauan burung sekali sekala.. Jujur,
bahagia rasa… Hnya yg melalui sahaja yg akan faham…
Selepas
puas berselfie, Sis baru teringat nk makan.. Oh ya, Sis ni klu penat mmg tk
lalu nk makan apa pun yaaa.. Tkleh nk telan.. Hohoho..
Seterusnya
kami plan nk ke lokasi bangkai kapal terbang yang terhempas. Lokasi tu
sebenarnya adalah laluan menuju ke Gunung Telapak Buruk.. So, oleh kerana Captain Azuan tk join
pegi, kami tinggalkan beg kami di Puncak Gunung Berembun tu untuk ke lokasi
bangkai kapal terbang terhempas.
Lebih
kurang sejam 10 minit dalam perjalanan, kami tiba di lokasi.. MasyaAllah, kena
turun lagi ya kt bawah.. Kecuraman lebih kurang 30meter.. Nak tk nk, kena turun
jgk la. Apa boleh buat la, dh smpi sana tk kn tk nk p kn..
Sis
ngan Ojja pun turun la kt bawah tu..
Ya,
memang benar, terdapat bangkai kapal terbang terhempas kt cni. Nnt Sis rajin,
Sis google sejarahnya yaaa.. So, kami pun selfie / wefie sakan la sebelum naik
semula keatas. Bimbang keluar dari kawasan gunung nnt bergelap, Sis dan Ojja
dah plan utk turun awal.. Sempat la untuk solat jamak kt Masjid Pantai tu nnt..
Sebaik
sampai kt atas, kami selfie sebelum memulakan perjalanan balik ke Gunung
Berembun. Lebih kurang jam 3.45petang, kami sampai di Gunung Berembun. Sis
minum dan terus capai beg untuk turun. Selepas mengucapkan selamat kepada semua
hikers yang ada di sana, Sis dan Ojja
pun terus memulakan perjalanan turun balik.. Actually, dh ramai jugak yg dh
turun. Cuma ada beberapa org yg agak lambat, so GOGO tggu.. Sis tkleh tggu
sebab nk cepat, so kami gerak turun dulu. Laluan naik dan turun sama so tk akan
sesat la..
Tak
sangka jugak Sis, menderita jugak nk turun balik sebab curam sangat.. Mulalah
Sis nk rasa sedih.. Hahahaha.. Tapi Sis rasa, turun ni Sis lebih bersemangat
lagi sebab Sis nk kejar masa.. Cuma sakit jari2 kaki menahan kecuraman jalan..
Malang
jugak Sis rasa bila setibanya kami di Lata Berembun, hujan mula turun.. Nasib
baik Sis ada bawa baju hujan.. Bleh la pakai takat tutup kepala dan beg.. Tkde
la berhujan sangat sebab dok dalam hutan..
Akhirnyaaaaaaaa,
tepat jam 6.40petang, kami sampi di starting
point.. Syukur sgt.. Memandangkan ada beberapa rakan hikers kt sana, Sis pun mulakah beranikan diri utk check diri kot2 ada Mr. Pacat bleh la diorg ni
tolong buangkan.. Kikikiki, syukur. Kt diri Sis tkde.. Tapi masyaAllah kt Ojja
bnyk jugak Mr. Pacat tu gigit.. Kesian dia. Dah la kurus, darah plak kena
isap.. Hhhmmm, nasib baik Sis tk kena. Klu tk, mau hysteria kt sana jugak..
Hahahahaha..
Selepas
membersihkan diri, kami terus bergerak ke Masjid Pantai..
Alhamdulillah,
sempat solat jamak zohor dan asar sebelum menunggu waktu maghrib.. Selepas
azan, kami solat maghrib dan jamak isyak.. Lebih kurang jam 7.45malam, kami
rasminya bergerak balik ke PJ..
Gagah
jugak Sis sebab pegi balik Sis yg drive..
Dengan kaki yg tk sihat dan mata yg mengantok.. Hohohoho..
Jam
9mlm, kami selamat tiba di PJ sebelum singgah tapau makanan.. Bukan apa, malu
nk makan kt kedai.. Kami pun rasanya dah serupa mak lampir dengan bau kambing
lagi rasanya ni. Hahahahaha.. Kesian kt org yg tk selesa ngan kami nnt.. So,
baik tapau & makan kt umh jak..
Plan
sok nk p full body massage!!
Opsssss,
sebelum Sis terlupa, Sis dah google jugak serba sedikit mengenai Kapal Terbang
yang terhempas tu.. Ini antaranya..
B24 LIBERATOR KL654
BERKECAI DI LANGKAP
3 Ogos 1945 :
Sebuah pesawat pengebom B-24 yang membawa lapan (8) kru berlepas dari Cocos
Island, Australia dalam satu misi ‘resupply’ pasukan Force 136. Namun pesawat
itu dilaporkan tidak tiba di lokasi yang telah ditetapkan dan seminggu
kemudian, pesawat itu dilaporkan terhempas.
1996 : Sebahagian bangkai
pesawat malang itu ditemui pada 1996 di Negeri sembilan.
22 Disember 2006 : ‘’Pencarian Rasmi’ dilakukan untuk menjejak B24 Liberator KL654.
22 Disember 2006 : ‘’Pencarian Rasmi’ dilakukan untuk menjejak B24 Liberator KL654.
29
Ogos 2009
: Tiga tahun kemudian, ekskavasi** (kegiatan penggalian
yg dilakukan utk mendapatkan maklumat tentang benda zaman purbakala) yang dilakukan
menemui 80 cebisan tulang kru pesawat tersebut. Kesemua cebisan tulang itu
telah diserahkan kepada Penasihat Pertahanan Tentera British, Kapten Kenneth
Taylor.
18
Oktober 2012 :
Cebisan tulang disemadikan di Commonwealth Military Cemetery, Kuala Lumpur
sambil disaksikan oleh waris dan ahli keluarga kru terlibat.
Sebahagian
daripada sisa bangkai kapal terbang ini telah dibawa keluar dan ditempatkan di
Muzium Tentera di Port Dickson.
Sekian dulu coretan Sis kali ini, ketemu lagi di entry selanjutnya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan