Isnin, 19 November 2018

NAMSAN TOWER, SEOUL



Siapa yang tidak inginkan percutian ke Seoul, Korea? Pastinya semua berimpian untuk menjejakkan kaki ke Kota Seoul, Korea. Dimana ketenangan diperolehi, dengan sikap ramah masyarakatnya. Cuaca yang nyaman sambil disajikan pemandangan yang indah-indah..

N Seoul Tower / Namsan Tower

N Seoul Tower adalah sebuah pemancar radio yang terletak di 05 Namsangongwon-gil, Yongsan 2(i)ga-dong, Yongsan-gu, Seoul, Korea Selatan, menjadikannya lokasi tertinggi di bumi Seoul! Ini dapat dilihat dari puncak tertinggi Namsan Tower, seluruh Kota Seoul!! Pemandangan memang awesome!! Lokasi ini dibangun pada tahun 1969, dan dibuka untuk umum pada tahun 1980, tinggi menara ini mencapai 236.7m (777kaki) dari dasar dan berada di ketinggian 479.7m (1,574kaki) di atas permukaan laut. Menara ini juga dinamai Namsan Tower atau Seoul Tower saja.




Kebanyakan pengunjung menaiki kabel car untuk naik, dan berjalan kaki sampai ke menara. Di menara ini terdapat kedai cenderahati dan sebuah restoran. Kita perlu membayar untuk naik ke atas menara. Terdapat empat sudut pemandangan di menara tersebut dimana salah satunya terdapat restoran berputar, yang akan berputar sekali selama 48 minit. Kita bleh lihat hampir seluruh kota Seoul.

 Opssss, apa menariknya di lokasi ini adalah satu tempat dipanggil "Heart Lock" dimana kebiasaannya para pengunjung yg datang bersama pasangan memasing akan menulis nama mereka di kunci tersebut dan meninggalkannya di situ. Menurut kepercayaan mereka, kononnya cinta pasangan itu akan berkekalan!!

Cer teka, Sis buh nama saper kt 'Heart Lock' ni??
Gigih Sis bawa dari Malaysia mangga ni, tempah khas ok..
Tapi korg still boleh beli 'kunci' ini yg bnyk dijual di kedai cenderahati berhampiran dan bleh jugak beli guna mesin yg tersedia di lokasi ini.



Mmg bnyk giler kunci kt atas ni. Bimbang sok berat, tempat ni runtuh!
Hahahahahhaa, memlm mcm ni pun ramai giler org!! Dh la angin sejuk smpi tulang..


Jika korg berada di sini, ketahuilah bahawa korg sedang berada di lokasi paling tinggi di Bumi Seoul! Ini kerana, korg bleh tengok view dari atas menara ke seluruh Kota Seoul! Mcm kt blkng Sis ni.. Hahahaha.. 



Oraittt, penat berjalan kita balik hotel dulu!
Ingat korg, ini merupakan satu lokasi WAJIB kunjung di Korea!!

Sok plan nk ke NAMI ISLAND! Bleh baca entry seterusnya yaaaa...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ROCK CLIMBING Via FERRATA, PAYA GUNUNG

Semalam, genk Sis telah mencuba sesuatu yang baru iaitu Rock Climbing Via Ferrata di Paya Gunung, Jerantut. Via Ferrata ni berasal dari...