Rabu, 21 November 2018

NAMI ISLAND

Seandainya korg melawat korea, tidak sah jika tidak mengunjungi Pulau Nami!! Pulau yang penuh dgn lagenda cinta renteten daripada drama penuh emosi kisah Winter Sonata..

Sedikit sebanyak tentang sejarah Pulau Nami, pulau ini dinamakan Nami bersempena nama General Nami yang sangat berani ketika berperang tetapi malangnya beliau tewas pada ketika umurnya 26 tahun. Bagi mengingati beliau sebagai antara pahlawan yang teragung di Korea, ada terdapat sebuah makam Jeneral Nami dibina di pulau ini.

Pulau Nami berkeluasan 460000 meter persegi dengan ukur lilit 5 km dipenuhi dengan flora dan fauna. Padang rumput dan taman pokok cherry, deretan tulip, cherry dan pokok ginko, tupai melompat2 dan burung unta pengintai di celah pokok, semuanya indah, harmoni dan menenangkan jiwa.

Tak lengkap rasanya kalau datang ke Pulau Nami, tapi tak bergambar di spot utama yang terdapat dalam scene drama Winter Sonata..

So Sis kongsikan serba sedikit pic masa Sis melawat Pulau Nami baru2 ni..



Ada dua cara untuk sampai ke Pulau Nami ini samada memilih utk menaiki Feri yg hnya memakan masa 5 minit utk smpi. Jika berani dan berkelapangan, korg bleh cuba gunakan flying fox jgk yaaaa.. Sis tk sempat sbb dh terbeli tiket feri..


Sis pegi musim luruh. So mmg cantik view kt cni time ni sbb daun2 bertukar warna dan berguguran... Tapi still sejuk yaaa..




Pulau ni tk besar mana, bleh jalan kaki utk mengelilingi satu pulau. Korg jgk bleh sewa basikal jika berminat.. Sis pilih jalan kaki sbb nk tgk view dan carik port menarik nk tangkap gambar kenangan.. Makanan halal jugak tersedia di sini tapi Sis tk dan p makan disebabkan terlalu ramai org.. Agak sesak.. Surau jugak tersedia di sini yaaaa...




Memang kt sini terlalu bnyk port yg mengingatkan kita tentang drama Winter Sonata.. Ada satu sudut dimana gambar2 dalam lakonan mereka dipamerkan..




Salah satu babak drama Winter Sonata di sini. Sis nk tggu tmpt ni lengang tp mmg tkleh sbb terlalu ramai org.. Time Sis dtg ni, bnyk sgt org ambik photoshoot pre - wedding..




Sis dh penat berjalan. Duduk saja sambil menikmati view yg tenang pun dh ckup mendamaikan...



Ni dia patung melambangkan kisah Winter Sonata! Hero dan heroin bertemu disini..


Lagi port Drama Winter Sonata..
Agak2 dh penat Sis n the genk pun balik semula ke hotel.. Plan sok nk p pakai baju tradisi Korea - Hanbok!

Bleh view entry Sis seterusnya yaaa...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ROCK CLIMBING Via FERRATA, PAYA GUNUNG

Semalam, genk Sis telah mencuba sesuatu yang baru iaitu Rock Climbing Via Ferrata di Paya Gunung, Jerantut. Via Ferrata ni berasal dari...