Rabu, 19 Disember 2018

KAYUHAN BASIKAL : PULAPOL BUKIT SENTOSA

Semalam berlangsungnya Program "Community Policing" anjuran bersama PULAPOL Bukit Sentosa, Rawang dan Bahagian Latihan BA. Seawal jam 0700pagi, team kami telah berlepas menaiki bas dari IPP Bukit Aman menuju ke PULAPOL Bukit Sentosa. Ada yang menaiki kenderaan sendiri dan ada jugak yang rempit secara berkumpulan. Meriah sungguh rasanya. Hinggakan mungkin kat opis hanya tinggal (5) orang sahaja yang bertugas.. Hahahaha, sekali sekala apa salahnya kan?


Ni opismate Sis - Insp. Brantha
Ni la kami dok dalam bas pun sempat lagi selfie walaupun mata partner Sis tak tahu pandang apa dia ni.. Hohohohoho..

Setibanya kami di sana, kami terus mendaftar nama untuk join kayuhan basikal menuju ke Komuniti Orang Asli Kg. Templer Kai, Serendah, Rawang. Sebelum itu, kami ambik basikal dan buat sedikit regangan sebelum pihak Traffik memberi keterangan laluan yang bakal kami lalui. OMG 13KM sehala dengan off road yaaaa..


Semangat kena ada. Hahahaha


Ni Sis baru ambik beskal


Ni antara peserta kayuhan basikal kategori Wanita
Yess, tu bos Sis yg kt tengah - YDH DCP Dato' Narenasagaran
Ni Sis dah dilepaskan.....
Bila paparazi tangkap pic Sis tengah beraksi..
Sis suka pic ni, ala-ala pelumba beskal profesional nampak gayanya. Wakakakaka.. Jangan muntah hijau yaaa..

Akhirnya sampai jugak..
 Akhirnya Sis sampai jugak ke Komuniti Orang Asli Serendah selepas berkayuh 13KM non stop dengan jalan yang berliku, perit, sakit dan pahit.. Hohoho.. Muka pun dah macam udang kena sulah..


 

Seriusly, penat giler. Semput kot. Tapi Sis gagahkan jugak sebab Sis malu kalau Sis tak sampai. Kesian bos Sis, dah sampai dulu.. Tapi akhirnya Sis jadi peserta wanita pertama dari Bahagian Latihan BA yang sampai dulu. Waw, bangganya Sis. Kikikiki..


Sis sangat gembira sebab dapat menghabiskan 13KM dengan jayanya. Maka terhasil la pic yang begini rupa.. Hohohohoh.. 



Nampak tak muka Sis penuh dengan kepenatan....
Itulah yang Sis rasa..

   
Selepas breakfast bersama Komuniti Orang Asli, rombongan kami ada yang mandi kat Air Terjun Serendah tu. Kami jugak dihidangkan dengan persembahan menyumpit. Sis nak try tapi takut plak tertelan anak panah tu. Kahkahkah..


Selepas itu, kami bergerak balik semula ke PULAPOL Bukit Sentosa untuk menyudahkan program kami. Ini kerana kami masih ada sukaneka yang harus dihabiskan di sana.. So, rombongan kami pun berlepas balik. Ramai jugak yang basikal dah naik atas lori.. Depa dah tk larat kot na.. Sis pun dah tak larat sebenarnya tapi nak buat macam mana.. Gaya dah ada, tak kan naik lori kot?? Hahahahaha, layannnnn...


Akhirnya Sis selamat sampai ke PULAPOL selepas rasa nak pitam dengan teriknya matahari dan penatnya mengayuh..


See, Sis baru sampai. Letak basikal. Duduk ambik nyawa. Siap selfie. Alhamdulillah..


Muka rasa nak pitam bila-bila masa.. Seriusly, Sis rasa nak mandi, minum dan tidur puas2 saat ni. Sebab Sis sangat penat. 26KM pegi balik off road yaaaa.. Korg rasa??

Tapi alhamdulillah, Sis rasa happy sangat dengan aktiviti ini.
Kebetulan Sis memang suka aktiviti outdoor ni.

Terima kasih kalian kerana mewarnai kehidupan Sis..

Sekian dulu coretan Sis, ketemu lagi ya!!

Salam......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ROCK CLIMBING Via FERRATA, PAYA GUNUNG

Semalam, genk Sis telah mencuba sesuatu yang baru iaitu Rock Climbing Via Ferrata di Paya Gunung, Jerantut. Via Ferrata ni berasal dari...