Rabu, 2 Januari 2019

HIKING : BUKIT SELOMITHA, KENINGAU


29 DISEMBER 2018 (SABTU)



Sis bersama anak buah Sis yang namanya si Nana telah berjanji untuk hiking ke Bukit Selomitha, Kg. Kitung, Keningau. Itupun Nana yang carik tempat memandangkan Sis rasa dah nak mereput cuti hanya goyang kaki kat rumah.. Puas carik kat Google, akhirnya Nana terpaut hati dengan Bukit Selomitha ni. So, pagi2 lagi kami dah bertolak dari kampong (Kg. Makaniton, Tenom) menuju ke destinasi. Berdasarkan sumber Mr. Waze telah membawa kami ke simpang ACB Quary (sebelah kiri jalan dari arah Tenom – Keningau).





Kita hanya perlu masuk menyusuri kuari tersebut kerana di dalam ini ada lagi kampong (Kg. Kitung, Keningau). Jujurnya, jalan agak mengelirukan kerana tiada sebarang tanda arah menuju ke Bukit Selomitha ini. Namun jika korg gunakan waze, pasti akan sampai.



Jika korg lalu di sini dan ternampak dua buah rumah yang terbengkalai, maknanya laluan korang betul. Teruskan memandu hingga jumpa papan tanda KG. KITUNG. 


Jalan terus masuk kedalam dank org akan temui PARKING yang di tulis di tepi jalan. Lebih kurang 100 meter di hadapan, boleh parking dengan kadar RM2 untuk sebuah kereta. Kami telah park di kawasan tersebut dengan membuat pembayaran kepada sumandak yang ada di sana. Selepas itu, kami berjalan kaki lebih kurang 200 meter untuk ke kaki Bukit Selomitha.



Oh ya, sebenarnya korg masih bleh drive hingga di Pintu Masuk Bukit Selomitha. Ini disebabkan jalan masih berturap (hanya untuk tayar kereta sahaja) cuma jalan agak mencanak dan melalui kebun buah2an org kampong. Lebih elok kalau guna powil. Hohoho. Sis guna Saga jak tu pun pinjam mak punya.. Syukurlahnak..

Okey, tima kami sampai ni, pemilik bukit ada bersama.


Kami membuat pembayaran sebanyak RM5 (RM3 – Dewasa, RM2 – Kanak2) sebelum memulakan pendakian. Ingat taw, mula2 daki ikut laluan kebawah sebelah tandas..





Pada Sis, uniknya tempat ni sebab banyak Papan Tanda memaparkan Mutiara Kata yang dibuat oleh pemiliknya. Rasa happy pulak baca. Hahahaha.. Trek santai sahaja dan tak susah mana pun. Seronok sebab kawasan sejuk dan tidak panas. Mungkin sebab dalam hutan yang pokok2nya tinggi hingga menyukarkan cahaya matahari menembusi laluan kami. Sepanjang jalan terdapat beberapa tempat disediakan untuk berehat.








 





Taraaaaaaa, ada Air Terjun Selomitha jugak kat dalam ni.. Cuma malangnya, air kering. Kalau ada, tentu lagi seronok. Pakej sekali boleh mandi. Hahahaha..





Batu-batu pun di warnakan menampakkan unik dan cantiknya suasana hutan.

Ada mata air tapi agak kering jugak. Mungkin air tak cukup deras.




Akhirnya kami sampai di Puncak Bukit Selomitha.




AWASSSSSS, Sis rasa kat puncak ni banyak nyamuk. Mungkin sebab berhampiran dengan pokok getah. Tapi di sepanjang laluan naik ke atas ni, langsung tiada nyamuk. Nyamuk hanya ada di Puncak sahaja sehingga turun semula ke bawah. Nasib baik Sis ni dah biasa bertemanan dengan nyamuk, so tiada masalah sangat la. Kikikiki..



Di Puncak Bukit Selomitha ini ada Rumah Hobbit yang masih dalam pembikinan. Cantik. Unik. Ada jugak buaian di bawahnya. Sambil2 berehat, boleh jugak duduk dalam buaian sambil mamam2. Hahahaha.. Sis dan Nana ambik masa dua jam untuk sampai ke puncak sebab kami jalan santai. Banyak berenti untuk snap gambar dan berehat ambik nyawa sambil makan2.. Korg kalau laju sejam mungkin boleh sampai.




Dari puncak turun ke bawah tak jauh. Mungkin sekitar 45 – 50 minit sahaja itupun kami jalan santai. Agak curam jugak laluan turun tapi jangan risau, di semua laluan yang agak2 mencabar, ada tali disediakan..





So, kami pun berjaya turun dengan gembiranya..

DI bawah (Check Point), sempat berborak dengan Tuan Tanah. Tanya pemilihan nama bukit ini bersempena nama orang atau bagaimana. Tuan Tanah bagitahu pemilihan berdasarkan nama yang mendamaikan, mungkin sesuatu yang mampu menarik minat orang ramai untuk mengenali bukit ini..




Ya, Sis rekemen baik korg yang nak hiking. Datang la BUKIT SELOMITHA. Tak rugi sebab menyajikan pemandangan yang aman damai, tenang berada dalam hutan dan trek yang agak mencabar dengan suasana yang tenang. Sis suka dan akan repeat lagi kalau Sis balik Sabah nanti.. Kali ni, nak bawa satu family.. Sambil makan2 kat atas tu..



Ok korg, Sis dah, korg bila lagi??

Hehehehehe…

Rabu, 19 Disember 2018

KAYUHAN BASIKAL : PULAPOL BUKIT SENTOSA

Semalam berlangsungnya Program "Community Policing" anjuran bersama PULAPOL Bukit Sentosa, Rawang dan Bahagian Latihan BA. Seawal jam 0700pagi, team kami telah berlepas menaiki bas dari IPP Bukit Aman menuju ke PULAPOL Bukit Sentosa. Ada yang menaiki kenderaan sendiri dan ada jugak yang rempit secara berkumpulan. Meriah sungguh rasanya. Hinggakan mungkin kat opis hanya tinggal (5) orang sahaja yang bertugas.. Hahahaha, sekali sekala apa salahnya kan?


Ni opismate Sis - Insp. Brantha
Ni la kami dok dalam bas pun sempat lagi selfie walaupun mata partner Sis tak tahu pandang apa dia ni.. Hohohohoho..

Setibanya kami di sana, kami terus mendaftar nama untuk join kayuhan basikal menuju ke Komuniti Orang Asli Kg. Templer Kai, Serendah, Rawang. Sebelum itu, kami ambik basikal dan buat sedikit regangan sebelum pihak Traffik memberi keterangan laluan yang bakal kami lalui. OMG 13KM sehala dengan off road yaaaa..


Semangat kena ada. Hahahaha


Ni Sis baru ambik beskal


Ni antara peserta kayuhan basikal kategori Wanita
Yess, tu bos Sis yg kt tengah - YDH DCP Dato' Narenasagaran
Ni Sis dah dilepaskan.....
Bila paparazi tangkap pic Sis tengah beraksi..
Sis suka pic ni, ala-ala pelumba beskal profesional nampak gayanya. Wakakakaka.. Jangan muntah hijau yaaa..

Akhirnya sampai jugak..
 Akhirnya Sis sampai jugak ke Komuniti Orang Asli Serendah selepas berkayuh 13KM non stop dengan jalan yang berliku, perit, sakit dan pahit.. Hohoho.. Muka pun dah macam udang kena sulah..


 

Seriusly, penat giler. Semput kot. Tapi Sis gagahkan jugak sebab Sis malu kalau Sis tak sampai. Kesian bos Sis, dah sampai dulu.. Tapi akhirnya Sis jadi peserta wanita pertama dari Bahagian Latihan BA yang sampai dulu. Waw, bangganya Sis. Kikikiki..


Sis sangat gembira sebab dapat menghabiskan 13KM dengan jayanya. Maka terhasil la pic yang begini rupa.. Hohohohoh.. 



Nampak tak muka Sis penuh dengan kepenatan....
Itulah yang Sis rasa..

   
Selepas breakfast bersama Komuniti Orang Asli, rombongan kami ada yang mandi kat Air Terjun Serendah tu. Kami jugak dihidangkan dengan persembahan menyumpit. Sis nak try tapi takut plak tertelan anak panah tu. Kahkahkah..


Selepas itu, kami bergerak balik semula ke PULAPOL Bukit Sentosa untuk menyudahkan program kami. Ini kerana kami masih ada sukaneka yang harus dihabiskan di sana.. So, rombongan kami pun berlepas balik. Ramai jugak yang basikal dah naik atas lori.. Depa dah tk larat kot na.. Sis pun dah tak larat sebenarnya tapi nak buat macam mana.. Gaya dah ada, tak kan naik lori kot?? Hahahahaha, layannnnn...


Akhirnya Sis selamat sampai ke PULAPOL selepas rasa nak pitam dengan teriknya matahari dan penatnya mengayuh..


See, Sis baru sampai. Letak basikal. Duduk ambik nyawa. Siap selfie. Alhamdulillah..


Muka rasa nak pitam bila-bila masa.. Seriusly, Sis rasa nak mandi, minum dan tidur puas2 saat ni. Sebab Sis sangat penat. 26KM pegi balik off road yaaaa.. Korg rasa??

Tapi alhamdulillah, Sis rasa happy sangat dengan aktiviti ini.
Kebetulan Sis memang suka aktiviti outdoor ni.

Terima kasih kalian kerana mewarnai kehidupan Sis..

Sekian dulu coretan Sis, ketemu lagi ya!!

Salam......

ROCK CLIMBING Via FERRATA, PAYA GUNUNG

Semalam, genk Sis telah mencuba sesuatu yang baru iaitu Rock Climbing Via Ferrata di Paya Gunung, Jerantut. Via Ferrata ni berasal dari...