Sabtu, 19 Januari 2013

TRIP GILA KE KOTA SINGA

Bosan! Cuti selama seminggu hanya di habiskan di rumah? Tiket flight balik kampung mahal giler? Almaklumlah, musim perayaan (X-Mas) memang tiket banyak yg sold out & lebih malang lagi tiket ada tapi harganya mengalahkan nk fly ke US!! Pdhal aku nk balik ke Sabah jer!! Hhhmmm, KL, kenapa la aku di sini dan bukan kt kampung... Adoiiiii, kenapalah aku lewat sgt beli tiket? Kenapa la bos lambat sgt bagi green light luluskn cuti aku??
Akhirnya perancangan gila aku datang... Apa salahnya aku fly ke Singapore memandangkn tiket ke sana murah jer..?? Tapi aku nk pegi dgn siapa?? Last minit mcm ni semua org bz.. Cuti sekolah la katakan.... Adehhhh, perlu ke? Nk p mana kt sana? Saper nk teman aku merayap?? Ntah taw ke tidak direction nk ke sana??? It’s ok, ape salahnya mencuba sesuatu yg baru? Mengembara dan meneroka tempat orang lain? Bleh aku jalan-jalan cuci mata.....
Confirm! Tiket dh beli & hotel dh book.. Now, kemas barang yg nk di bawa segera dan terus berlepas menikmati cuti-cuti asia aku! Duit??? Aku hnya tukar RM506 duit Malaysia ke Singapore Dollar jadi la S$200... Adoiiii, tkpe.. Aku bukan nk shopping pn, just visit & view culture di sana bagaimana?
Hari yang di nantikan sudh tiba.. Akhirnya aku mendarat juga di Changi International Airport, Singapore (Terminal 1). Wah, how can i take taxi? Agaknya ada tk kes penipuan mcm yg bnyk terjadi di KL? Driver taxi cekik darah tnpa menggunakn meter? Menipu tourist mcm aku di negara org lain? Bimbangnya......
Take a taxi direct to Fragrance Hotel – Sunflower, Lorong 10 Geylang 10, Singapore. Driver taxi pn so friendly.. Bleh cakap Melayu lagi.. Charge sampai hotel around $S17 jer.. Hhhhmmm, not bad. Ok la, cuma bila teringat member aku ckp yg kwsn Geylang ni ‘red line’ coz ramai ‘prostitute’ kt area ni, mula la aku berwaspada... Bimbang jgk kot-kot aku di cop sama ngan mereka-mereka yg tk bermoral tu!
Sampai bilik 102, aku terus get ready nk going out... Yelah, tk kn nk terperuk dlm bilik jer kn...?? So, aku terus chaw chin chaw la... Dapat ckit direction dr staff kt reception mcm mana nk pegi Merlion Park by MRT. Katanya yg paling dekat adalah stesen MRT Gallang. Just go straight and turn left.. Adehhhh, itu jer petandanya.. So, aku pn just go straight la... Jmpe Shell, seberang ke Shell.. Tk jmpe plak MRT tu.. Aku pn tnya uncle tukang kebun yg kebetulan ada kt area Shell tu.. “Seberang jalan depan ni, dh nmpk stesen MRT tu”, katanya.. Wah, bahasa Melayu masih berleluasa kt Singapore ni rupanya!
Seberang jalan, terus jmpe!
MRT stesen Kallang.. Berhenti di stesen MRT Raffles Place.. Ni direction utk ke Merlion Park (Mulut naga kuar air). Mercu tanda Singapore.. Klu dtg Singapore, WAJIB dtg cni.. First time naik MRT, panjang giler.. Berganda-ganda besar dr yg kita ada kt KL (LRT). Kena bijak baca signage aka signboard. Coz ada mcm2 arah.. Turun kt stesen yg sama tp bleh kuar bnyk tempat.. So, kena pandai2 carik ya...
Yg best tu, announcement dlm MRT pn ada berbahasa Melayu. Direction pn guna 4 bahasa ~ Inggeris, Mandarin, Melayu & India.. So sweet... Tp sesat jugak la time smpi kt MRT Raffles Place. Bnyk sgt terowong nk kuar masuk.. Tk tahu arah mana? So, aku test semua lorong-lorong yg ada.. Penat juga ni.. Akhirnya aku tk sanggup lg tersesat memandangkan ini semua memakan masa.. Aku perlu ada di bilik hotel sebelum jam 8pm.. Bimbang lewat smpi. Mcm2 ada dlm fikiran aku..
Akhirnya ada seorang amoi yg sudi membantu.. Just around there, u see the black bridge? Merlion Park over there. Wah, rupanya aku dh lama berlegar-legar area ni, tp tk melintas jalan raya lagi. Merlion Park tu sebelah jalan jer.. Aku pn apa tunggu lagi, jommmmmm.....
Ok, aku nk puji tentang Singapore ni... Bandarayanya yg bersih, masyarakatnya yg helpful lagi friendly.. Yg paling aku suka, public transport kt cni memang cukup teratur.. Para driver pn berdisiplin.. Tak langgar line kuning ya? Traffik light merah, diorang berhenti betul2 kt garisan.. Para pejalan kaki mcm aku ni rasa selamat jer melintas jalan.. Sungguh seronoknya kt cni. Tk mcm KL, dh la para driver main suka hati jer nk berhenti kt mana2, hon terpekik terlolong kt merata-rata tempat... Adoiiii, bleh gaduh fikir masalah attitute org2 Msia... Yg lagi best, kereta kt cni bleh berhenti semata2 nk bg pejalan kaki melintas jln.. So sweetttttt.....
Then, tk akan sesat dok cni coz bnyk signage merata-rata tempat. 4 bahasa lagi ~ English, Mandarin, Melayu ngan India. Complete.. Kt mana2 pn ade jer signage, so senang la.. Mcm 5S pula.. Hahahahahaa... Lagipun sepanjang aku kt cni, MRT memang menjadi transport utama aku.. Senang nk gerak..
Akhirnya sampai jugak aku kt Merlion Park.. Ramainya manusia. Semuanya nk mengabadikn gambar kt naga yg mulutnya kuar air.. Hehehehee, termasuk la aku.. Saper la yg sudi nk tolong tgkpkn gambar?? Hhhmmm, thanks utk mamat indon ni, sudi jgk tolong capture pic aku kt sni.. Memang pemandangannya indah sekali.. Bangunan-bangunan yg unik dan cantik, tasik yang jernih, bersih.. Seronok rasanya dapat menyusuri Sungai Singapore... It’s ok, next time aku pasti dtg lagi!
Selesai merakamkn gmbr kenangan dan puas memerhati, aku kembali semual ke MRT untuk ke Jalan Bugis. Khabarnya ada Pasar Malam yg meriah di sana.. Aku beli tiket ke MRT Stesen Bugis dan jenjalan sekitarnya.. Alhamdulillah, dpt gak beli souvenir utk kengkwn & family... Letih berjalan, ingt nk la mengalas perut yg tk terisi dr siang td.. Tp susahnya la carik makanan halal kt cni (mgkin aku yg tk reti).. So, aku pn berlepas balik ke hotel dgn menaiki MRT tetapi kali ini aku berhenti di MRT Stesen Aljunied.. Ini kerana aku sengaja turun di satu stesen sebelum smpi ke MRT Kallang coz MRT Kallang tu sunyi tkde kedai..
Alhamdulillah, seusai turun dr MRT Aljunied, aku ternampak satu restoran mamak muslim.. Apa tunggu lg? Aku terus menuju kedai tu (Maaf ya, kt Msia aku langsung tk pandang kedai2 mamak ni). Oleh kerana ini kes terpksa, aku pn order la MEEHUN TOMYAM. Pelik jgk aku, kedai mamak ada tomyam thai.. Lawak!! Tp rasanya tk sesedap kt Malaysia.. Ape pn, hbis jgk la.. Lapar pnye pasal.. Air? Aku minum mineral water jer.. Siap tapau lg bimbang kehausan nnt.. Buat bekal la katakn...
Lepas makan, aku berjalan kaki balik ke hotel. Sebelumnya aku dh bertanyakan kt mamak tu, arah hotel aku.. Makkk aiiii, jauh jgk la.. Tp mlm, so aku jln santai jelah.. Banyak restoran cina kt cni.. Tp ape nk pelik, aku selamba jer.. Sorg2 ya.. Berani tk??
Setelah puas berjalan, smpi jgk la kt hotel.. Tu pn agak sukar ckit jer sbb aku sepatutnya berada di laluan sebelah sana, tp aku ada di sebelah cni, so tk jmpe la jln tu.. Berkat kaki ku yg rajin melangkah ni, smpi jgk la.. Alhamdulillah.. Sesampai di bilik, aku rehat... Mandi puas2 & terus lelap...  Penat taw!!!
Soknya pepagi lagi aku dh check out.. Destinasi seterusnya nk melawat Universal Studio @ Pulau Sentosa.. Dr hotel, aku berjalan kaki ke MRT Stesen Aljunied. Sebelum smpi, aku breakfast dulu kt restoran mamak tempat aku dinner semlm.. Pekena teh tarik dgn roti canai.. Ok la drpd kebulur..
Ok, selepas 2 kali tukar train akhirnya aku smpi ke Vivo City... Sepatutnya aku dikehendaki menaiki monorail utk ke Pulau Sentosa tp aku tk jmpe carik kt mana monorail tu. So, aku ambik inisiatif utk berjln kaki sambil cuci mata.. Hehehehee....
Universal Studio Singapore..
Berjalan kaki.. Adehhhh, sakit kaki Tuhan jer taw.. Memang penat giler tapi amat berbaloi baloi coz senang hati lihat pemandangan yg cantik sepanjang perjalanan.. Ruginya sebab tk dpt masuk utk main kt dlm tu.. Mgkin next time kot?
Tengahari kt USS hujan plak.. Tp tkde la lebat sgt.. Ramai sgt org.. Penat aku berjalan dalam tu.. Mmg luas sgt... Cantik pulau ni.. Airnya yg bersih.. Ruginya tk merasa naik cable car.. Tk merasa naik star cruise yg romantik.. Bleh plak star cruise ngan cable car berkompromi saper nk lalu dulu.. So sweet....
Akhirnya, dek kerana takut flight terlepas, aku pn bersiap-siap utk berangkat balik.. Wuuuaarrgghhhh, selamat tggl USS!!
Dari Vivo City @ Habour Front MRT aku beli tiket direct ke Changi Airport. Ada la dua kali tukar train coz hala yg berlainan.. Aku naik dr Habour Front turun kt Outram Park. Dan ambik line hijau untuk ke Changi Airport. Sebelumnya, aku turun sekali lagi di Tanah Merah untuk tukar train dan terus direct ke Changi Airport..
Sampai Changi Airport (Terminal 2), aku melilau carik flight.. Kenapa tkde on board flight Air Asia ni? Salah tempat ke aku? Aku pn tnya kt abg hensem dok kt Information Counter kt mana nk check in utk flight AirAsia? Hehehehehe, berabis aku speaking, abg hensem tu bleh jawab Melayu, “Cik, jln terus ni. Belok kanan. Naik skytrain utk ke Terminal 1. Penerbangan AirAsia tersedia di Terminal 1. Skrg ni cik ada kt Terminal 2. Skytrain tu free jer...”
Aku pn jenjln la mencarik.. Tk sush pn coz ada signage merata-rata. Tp perut aku bernyanyi pilu.. Yessssss, aku nmpk kedai... KUEH ONDE ONDE ~ Halal.. Adoiiii, aku terus masuk, beli & terus makan!!! 6 bijik $S2.50.. Hehehehehee...
Naik skyrain ke Terminal 1...
Selamat tinggal Singapore ~ Next time aku akn dtg lg! Kali ini aku akan pastikn aku akan masuk USS utk main semua permainan yg ada kt dalam tu!!!

Nukilan;
~ Nur Farah Wahida ~

Ahad, 18 November 2012

SELAMAT TINGGAL SEBUAH PENANTIAN

Alhamdulillah, akhirnya seluruh perasaan aku lega sebaik sahaja 6 pesanan ringkas (SMS) aku hantar untuk seseorang yang pernah dekat di hatiku.. Bukan mengungkit kisah silam, jauh sekali merayu simpati tetapi sekadar luahan rasa yang terbuku di hatiku selama ini.. Dan, yang paling penting ~ Aku memohon ampun & maaf di atas semua bentuk kesilapan aku terhadapnya selain memikirkan bahawa hari ini telah masuk tahun baru dalam Islam (Maal Hijrah). Kerana itu aku mengambil kesempatan untuk meluahkan rasa sekaligus menutup kisah kami secara baik..
Mengimbas kembali perjalanan perhubungan kami, aku sesali dengan semua benda yang telah berlaku.. Bukan niat untuk merendahkan dia dalam semua hal, tetapi aku berniat untuk menanam semangat dalam dirinya agar berubah & memperbaiki diri ke arah yang  lebih baik. Aku sangkakan dia menerima semua itu sebagai cabaran, tetapi lain pula jadinya.. Dia beranggapan aku mengutuk, menghina & tidak hormatkn dirinya.. Sedih, memang sedih! Lain yang aku harapkan, lain pula jadinya..
Sudahnya, hubungan yang diharapkan akan berada dalam bahagia, bertukar mimpi ngeri.. Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, akhirnya hubungan kami semakin renggang dan terus terputus tanpa ada perbincangan untuk membawa kepada penyelesaian yang harmoni.. Bukan aku tidak berusaha untuk menyelamatkan situasi hubungan itu, namun apalah kuasa aku jika hanya aku sahaja yang berusaha namun tidak di pihaknya. Setiap panggilan mahu pun pesanan ringkas (SMS) dariku langsung tidak pernah dijawab, jauh sekali membalasnya.. Apalah lagi dayaku untuk menyelamatkan hubungan ini, sedangkan dia lebih selesa begini ~ tanpa aku dihatinya..
Masih ku ingat aidilfitri yang lalu, ibuku meminta aku menghubunginya, namun sampai ke sudah dia tidak menjawabnya.. Sedangkan ibu hanya ingin bertanya tentang hubungan kami.. Lebih memilukan, sebelumnya dia memberikan sejuta alasan untuk tidak mahu menghantar aku ke airport (balik kampung sempena raya). Pun begitu, aku masih bersabar.. Mungkin salah aku sehingga dia tergamak melakukan semua ini kepada aku...
Kemuncak rasa terkilan aku apabila aku meminta pertolongannya untuk menghantarkan aku makanan semasa aku tidak berdaya (sakit chicken pox), namun dia memberikan bermacam-macam alasan.. Alasan untuk tidak menghulurkan bantuan pada aku.. Aku sedih sangatttttt.. Terkilan yang teramattttt.. Sampai sebegini sekali dia perlakukan aku, sedangkan suatu ketika dulu ~ aku pernah bertaktha di hatinya.. Kenapa begini teruknya dia tergamak melayan aku??
Justeru, hari ini aku telah nekad.. Aku berhenti berharap sesuatu yang tidak pasti.. Sesuatu yang tidak lagi menghargai perasaan aku, jauh sekali mencintai aku seadanya.. Aku mahu merdekakan perasaan aku, buang semua apa yang pernah terjadi dalam hubungan lalu kami.. Memulakan sekali lagi kehidupan baru di tahun baru Islam ini.. Bukan kerana aku membenci dia, tapi kerana aku sedar, rupanya dia lebih bahagia tanpa aku....
Masakan tidak, dia telah pun temui pengganti aku dihatinya.. Walau sedikit sedih, beberapa titisan air mata, demi untuk kebahagiannya aku redha.. Mungkin ini yang terbaik untuk kami.. Mungkin juga dia bukanlah insan terbaik untuk menjadi pelindung bagiku, dan begitu juga sebaliknya, mungkin aku bukanlah insan terbaik untuk berkhidmat padanya.. Kerana itu, aku wajib melupakan sebuah harapan bersamanya kerana keyakinan ku telah musnah dengan hadirnya seseorang di antara kami...
Untukmu teman,
Aku sentiasa mendoakan yang terbaik untukmu. Walau sesedih mana pun aku memikirkan dirimu, aku redha.. Aku tahu, kau lebih gembira tanpa aku.. Dan yang paling pasti lagi, aku juga berjanji untuk berhenti menghubungimu walau apa cara sekali pun ~ semua ini demi kebahagiaanmu.. Aku tidak berdendam, juga telah memaafkan namun sukar rasanya untuk menghilangkan rasa terkilan ini...
Akhir sekali, maafkan aku diatas semuanya yang telah berlaku.. Jujurnya, rasa sayang untukmu masih bersisa.. Namun, rasa terkilan lebih menggunung untukmu.. Semoga kita sama-sama bahagia dengan kehidupan dan keputusan ini.. Moga tiada dendam & halalkan segalanya.. SELAMAT TINGGAL untuk perhubungan kita, mungkin ini yang terakhir aku berbicara soal hubungan kita.. TERIMA KASIH yang tidak terhingga atas semua yang telah pun berlaku..

Cinta Itu Bukan Milik Ku Lagi,
:: Nur Farah Wahida ::

Sabtu, 22 September 2012

LUKA SEMALAM

Bersama kenangan semalam yang penuh luka, kulalui hidup ini walaupun penuh derita dan sengsara. Ya, semalam telah mengenalkanku akan erti sebuah derita percintaan. Percintaan yang pada mulanya mengajar aku erti kebahagiaan mencintai dan dicintai, akhirnya memaksa aku menelan pahit getirnya perpisahan yang tak terduga.

Bukan kupinta pertemuan jika akhirnya perpisahan yang mendatang. Bukan kurayu untuk diriku dicintai jika akhirnya aku ditinggalkan. Benarkah kata janji itu hanya manis di mulut tetapi menjadi racun berbisa jika ia tidak dikotakan. Ataukah aku yang terlalu berharap untuk memiliki hatimu sedangkan kau hanya ingin memainkan perasaanku? Butakah cintaku atau bersalahkah diriku yang terlalu mengharapkanmu untuk mengisi bunga-bunga cinta disegenap ruang hatiku.


Kutahu cinta bukannya paksaan dan paksaan dalam bercinta hanya membuat hati merana tapi cinta kita bukannya paksaan. Kita saling cinta mencintai namun hatiku merana jua. Benarlah kata-kata orang tua, cinta yang tidak disirami dengan bunga-bunga keikhlasan dan kejujuran akan menemui kegagalan. Apakah aku saja yang penuh ikhlas dan jujur mencintai dirimu sedangkan kau dengan sewenang-wenangnya  membunuh segala keikhlasan dan kejujuran dalam bercinta. Jika sesungguhnya dihatimu benar ada cinta untukku tetapi mengapa hatiku dilukai? Sedarkah kau bahawa luka yang kau tinggalkan terlalu dalam dan amat sukar untuk aku membalutnya kembali. Aku tak tahu adakah aku mampu untuk menyembuhkan luka yang amat dalam itu.

Jika dihatimu hanya ada dendam untuk menyakiti hati perempuan seperti aku, padamkanlah ia kerana kelak ia akan membakar dirimu jua. Siramilah api dendammu dengan kesejukan cinta seorang wanita. Mungkin kau pernah mengalami betapa deritanya sebuah cinta yang tak kesampaian. Tetapi mengapa kau melakukannya pada sebuah hati suci yang amat mencintaimu? Sedarlah kau sebelum kau dilukai buat kali kedua kerana kepedihan dari kelukaan amat seksa sekali untuk kau menanggungnya. Cukuplah sekali hati dilukai kerana luka untuk kedua kali hanya membuat diri serik untuk bercinta.

Cinta dicipta dan dianugerahkan kepada setiap hati insan bukan untuk dimungkiri kemudian ditinggalkan begitu saja. Cinta perlu dibelai dan dibaja dengan kemesraan dan kasih sayang. Tetapi jika hati telah tertutup untuk bercinta lagi, jangan sakiti dan lukai hati orang yang mencintaimu. Kelukaan yang kau tinggalkan buatku, sesungguhnya telah mendewasakanku.

Terima kasih atas kelukaan itu, akan kurawat ia walaupun amat sukar untuk aku melakukannya. Doaku semoga akan terbuka hatimu untuk mencintai seseorang dengan keikhlasan dan kejujuran yang hakiki. Walaupun kelak gadis itu bukannya aku.....

Sabtu, 30 Jun 2012

:: SEBELUMNYA ::


 
Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.




Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup!!
 

Sentuhan Rasa;
:: Nur Farah Wahida ::

Sabtu, 18 Februari 2012

CINTA TIDAK MESTINYA BERSATU

Melepaskan rasa bukan bererti melupakan akan kehangatan masa bahagia yang pernah bersemi.. Bahagia yang pernah ada adalah kenangan dan sejarah yang tidak mungkin akan berulang walau sedetik cuma...


Dan kita semakin asyik dengan keluhan hati, membiarkan luka itu terus menanah tanpa mengambil usaha untuk memulihkan hati telah parah..
Tanpa kita sedari atau kita sendiri yang tidak mahu memahami, cinta itu tidak seharusnya memiliki..
Membiarkan pergi bukan tiada lagi kesan tapi, kita akui tiada gunanya bersama dan merintih akan rayu jika hati tidak lagi merasakan bahagia walau bersama.. Kerana cinta itu bahagia bila melihat si dia tersenyum tenang bersama insan yang dicarinya..
Bila banyak bicara kosong tanpa ada sesuatu, menunjukkan kebodohan diri sendiri.. Kadang diam itu bukan bererti tidak mampu membicara, tapi membiarkan situasi agar tiada balah..


Kita sering merasakan diri hanyut keseorangan bila cinta itu masih kita miliki.. Kita merasakan tiada tangan yang sudi dihulurkan tika bangun itu rebah dan tersungkur.. Kita sakit dan pedih.. Kita terus melayani rasa kesedihan dan kehilangan.. Pada mata yang memandang sayu, meluahkan simpati, memberi kata-kata semangat.. Kita menidakkan kehadiran mereka-mereka.. Kerana kita telah terpengaruh  kecewa itu perlu disayangi..
Duhai hati yang terluka,
Mengapa selalu terkenang akan kepedihan perpisahan yang terjalin tanpa ada langsung semangat untuk bangun di dalam menempuh kehidupan ini?
Duhai hati yang kecewa,
Mengapa di biarkan sahaja sakit-sakit itu menghiasi harimu tanpa ada satu pun pegangan untuk memberi suntikan sinar di dalam perjalananmu..
Duhai hati yang telah hilang akan diri,
Bangun dan sedarilah.. Cinta itu tidak seharusnya kita miliki dengan memiliki dirinya... Kadang membiarkan dia pergi, dan melihat dirinya berbahagia.. Dan kita selalu mendoakan kebahagiaan bersama, jua punyai erti cinta yang sejati..
Bila aku tertanya dalam diri, siapakah aku hari ini.. Mahu terus ada disini, atau terus melangkah jauh dan pergi.. Menjadi pendiam dan bersendiri, sebenarnya aku tidak layak bertapak dalam rumpun ini...
Jika hari ini kita tewas dan kalah di dalam mengejar erti cinta mengikut kemahuan sendiri.. Kita kecewa dan terluka.. Dan membiarkan sakit-sakit menghiasi harimu.. Jangan kamu rasa keperitan itu ada sepanjang kehidupan.. Itulah pengalaman bermakna buat dirimu bagi menghadapi hari mendatang di dalam mencari cinta yang seharusnya kamu miliki..
Bangun dan sedarilah.. Cinta itu kadang tidak seharusnya memiliki...
Sedetik cuma merasakan bertapa kehangatan rasa itu hadir.. Amat selesa dan bagaikan tiada langsung akan sesalan yang dikeluh.. Namun, bila hilang tiada, terasa sakit dan menikam berkali-kali.. Bagi tertusuk kelu lidah berbicara.. Sungguh erti kepedihan cinta itu amat menyakitkan..
Jangan terlalu mendalami erti cinta yang tiada wajah akan setia.. Terlalu asyik dengan hubungan yang tidak ketahui mana pengakhirannya pasti akan ketemu perpisahan..
Cukup sudah untuk aku menahan sakitnya luka..


Bingkisan rindu,
.: Nur Farah Wahida @ FaRaH LoReNzA :.


Ahad, 5 Februari 2012

HIKMAH SEBUAH PERPISAHAN

Alhamdulillah... Terima kasih Ya Allah atas perpisahan ini.. Walau sejuta duka terpaksa aku lalui sebaik sahaja cinta terindah yang pernah tercipta antara kami berakhir, kini aku sedang menikmati hikmah di sebaliknya...

Ya, semusim yang lalu cinta mu mati di atas jalan bernama perpisahan.. Aku meratapinya lalu terbina nisan kenangan cinta.. Walau terlalu sakit untuk aku menerima hakikat perpisahan itu, aku terpaksa jua melaluinya dengan senyuman.. Semuanya kerana aku perlu melepaskan perasaan itu berlalu pergi dan bangkit semula demi sebuah kehidupan yang lebih sempurna...




Walau kita tidak pernah menunding jari menyalahkan antara kita.. Jauh sekali menyalahkan hubungan lalu.. Namun, kita sama-sama memahami permasalahan ini berpunca daripada apa?? Siapa?? Sebab apa?? Mungkin kerana kewarasan akal fikiran, kita sama-sama berdiam diri membiarkan hubungan yang dulunya terlalu indah itu berkubur begitu saja.. Semuanya kerana 'kepenatan' kita mengharungi sebuah hubungan yang kini tidak lagi seindah dulu...

Pernahkah kau bertanyakan apa yang telah aku lewati selama kita menjalinkan hubungan istimewa ini?? Berapa kalikah aku memberi ruang dan peluang untuk melihat hubungan kita diangkat untuk lebih bermakna & kukuh?? Sedih... Memang tersangat sedih... Umpama mimpi buruk yang aku tak ingin mengenangkannya lagi!!!!

Pun begitu, aku tetap bersyukur...
Bersyukur kerana mempelajari pengalaman pahit yang mendewasakan..
Kerana aku telah pun bersedia untuk menerima kekecewaan, menghadapi penolakan dan tentangan... Walaupun tak biasa, itu lumrah kehidupan... Aku bersyukur dengan pengalaman hidup ini...

Kecewa bercinta bukan bermakna matlamat dunia kita sudah pun berakhir. Jangan kerana ditinggalkan oleh seseorang, kita duduk bermenung bertemankan air mata. Sedangkan seseorang itu sedang berbahagia dengan kekasih yang baru...

Aku tidak menyesalinya...
Malah aku tetap bersyukur dengan perpisahan ini..
Yang pastinya, aku kini bahagia dan tenang dengan kehidupan baru aku..
Penghijrahan demi kerana Allah ini banyak mematangkan aku dan menemukan aku dengan ketenangan dan kedamaian hati..

Walhal, sedetik masa dulu, seringkali persoalan 'bagaimana mungkin aku lalui kehidupan ini tanpa cintamu lagi??' bermain di benak fikiranku.. Acapkali fikiran ku menerawang jauh berfikir semua kemungkinan... Yang adakalanya mematahkan semangat aku untuk kukuh berdiri... Namun, alhamdulillah.... Aku kini yakin akan janji Allah, selepas semua kesusahan pasti akan ada sinar kebahagiaan...

Buktinya kini ~ Aku bahagia dengan perpisahan kita yang suatu ketika dulu hampir-hampir meragut seluruh kebahagiaan hati aku... Terima kasih Ya Allah.. Terima kasih RG atas perpisahan ini.. Walau dimana kau berada, aku mendoakan semoga kita sama-sama mengecapi bahagia dengan kehidupan masing-masing... AMIN...




:: Nur Farah Wahida @ FaRaH LoReNzA ::

SESAL DI AWAL KISAH

Untukmu yang tak percaya cinta, tapi meyakini keberadaannya...
Kutulis ini untukmu bersama perasaan yang masih belum bisa aku beri "pengertian". Bukanku tak sayang, bukanku tak cinta, namun rasa ini "takut salah"...
Dan..., tak cukup alasanku untuk tidak mendekatkan hati ini pada cintamu...

Kau yang mengatasnamakan "cinta pada pandangan pertama"...
Kau jerat aku dalam bius keindahan tatapanmu, kesempurnaan kata-katamu, dan lembutnya belaian kasihmu...
Tak bisa ku menjauh, setidaknya untuk "saat ini".
Aku membutuhkan semua tentangmu.
Tak ingin lepas, tak ingin pergi, UNTUK SAAT INI...

Menangis bersamamu...
Tak dapat kugambarkan keindahan lukisan suasana hatiku.
Kau kuatkan aku disaat "perasaannku" mengatakan bahawa : HIDUP INI TAK BERPIHAK PADAKU...
Kau datang bak "perwira berkuda putih" yang dulu sering aku bayangkan menyelamatkan "kerapuhanku"...
Sesaat, terlintas difikiranku : "INIKAH YANG AKU TUNGGU???"
Tapi hati belum 'sempat' menjawab semua itu, kerana telah terhanyut bersama hangatnya tatapanmu itu...
Terima kasih untuk "senyum" yang kau titipkan untukku di setiap malamku...
AKU MENYAYANGIMU...
Biarlah kurasakan "sesal" ini di awal kisah dan perjalanan panjang ini...
"Kuingin CINTA yang tak tergantikan"



:: Nur Farah Wahida ::

ROCK CLIMBING Via FERRATA, PAYA GUNUNG

Semalam, genk Sis telah mencuba sesuatu yang baru iaitu Rock Climbing Via Ferrata di Paya Gunung, Jerantut. Via Ferrata ni berasal dari...