Ahad, 5 Februari 2012

HIKMAH SEBUAH PERPISAHAN

Alhamdulillah... Terima kasih Ya Allah atas perpisahan ini.. Walau sejuta duka terpaksa aku lalui sebaik sahaja cinta terindah yang pernah tercipta antara kami berakhir, kini aku sedang menikmati hikmah di sebaliknya...

Ya, semusim yang lalu cinta mu mati di atas jalan bernama perpisahan.. Aku meratapinya lalu terbina nisan kenangan cinta.. Walau terlalu sakit untuk aku menerima hakikat perpisahan itu, aku terpaksa jua melaluinya dengan senyuman.. Semuanya kerana aku perlu melepaskan perasaan itu berlalu pergi dan bangkit semula demi sebuah kehidupan yang lebih sempurna...




Walau kita tidak pernah menunding jari menyalahkan antara kita.. Jauh sekali menyalahkan hubungan lalu.. Namun, kita sama-sama memahami permasalahan ini berpunca daripada apa?? Siapa?? Sebab apa?? Mungkin kerana kewarasan akal fikiran, kita sama-sama berdiam diri membiarkan hubungan yang dulunya terlalu indah itu berkubur begitu saja.. Semuanya kerana 'kepenatan' kita mengharungi sebuah hubungan yang kini tidak lagi seindah dulu...

Pernahkah kau bertanyakan apa yang telah aku lewati selama kita menjalinkan hubungan istimewa ini?? Berapa kalikah aku memberi ruang dan peluang untuk melihat hubungan kita diangkat untuk lebih bermakna & kukuh?? Sedih... Memang tersangat sedih... Umpama mimpi buruk yang aku tak ingin mengenangkannya lagi!!!!

Pun begitu, aku tetap bersyukur...
Bersyukur kerana mempelajari pengalaman pahit yang mendewasakan..
Kerana aku telah pun bersedia untuk menerima kekecewaan, menghadapi penolakan dan tentangan... Walaupun tak biasa, itu lumrah kehidupan... Aku bersyukur dengan pengalaman hidup ini...

Kecewa bercinta bukan bermakna matlamat dunia kita sudah pun berakhir. Jangan kerana ditinggalkan oleh seseorang, kita duduk bermenung bertemankan air mata. Sedangkan seseorang itu sedang berbahagia dengan kekasih yang baru...

Aku tidak menyesalinya...
Malah aku tetap bersyukur dengan perpisahan ini..
Yang pastinya, aku kini bahagia dan tenang dengan kehidupan baru aku..
Penghijrahan demi kerana Allah ini banyak mematangkan aku dan menemukan aku dengan ketenangan dan kedamaian hati..

Walhal, sedetik masa dulu, seringkali persoalan 'bagaimana mungkin aku lalui kehidupan ini tanpa cintamu lagi??' bermain di benak fikiranku.. Acapkali fikiran ku menerawang jauh berfikir semua kemungkinan... Yang adakalanya mematahkan semangat aku untuk kukuh berdiri... Namun, alhamdulillah.... Aku kini yakin akan janji Allah, selepas semua kesusahan pasti akan ada sinar kebahagiaan...

Buktinya kini ~ Aku bahagia dengan perpisahan kita yang suatu ketika dulu hampir-hampir meragut seluruh kebahagiaan hati aku... Terima kasih Ya Allah.. Terima kasih RG atas perpisahan ini.. Walau dimana kau berada, aku mendoakan semoga kita sama-sama mengecapi bahagia dengan kehidupan masing-masing... AMIN...




:: Nur Farah Wahida @ FaRaH LoReNzA ::

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ROCK CLIMBING Via FERRATA, PAYA GUNUNG

Semalam, genk Sis telah mencuba sesuatu yang baru iaitu Rock Climbing Via Ferrata di Paya Gunung, Jerantut. Via Ferrata ni berasal dari...