22
Disember 2018
Air
terjun Lepoh, Pangsun, Hulu Langat
Seawal jam 7 pagi, Sis & The Genk (Ojja
& Izwan) telah berlepas dari PJ menuju ke destinasi terakhir kami di
Semenanjung untuk tahun ini sebelum memasing cuti balik kampung! Ya, kami
memilih AIR TERJUN LEPOH, HULU LANGAT, SELANGOR sebagai destinasi terakhir. Ini
kerana selain hiking, kami jugak boleh mandi.. Sebab selama ini, kami hanya
hiking dan blom mencuba hiking dan mandi sekali.. Hahahaha, menarik tak?
Kami
plan untuk bawa bekal dan makan setibanya di Air Terjun itu nanti. So, awal
pagi lagi Sis memang dah bangun untuk masak. Menu Sis kali ini – Sambal Ikan
Sardin Penghujung Tahun, Teloq Dadar Pengakhiran Minggu dan Nasi Putih Makan
Kenyang semuanya dari NFW’s Kitchen. Gigih Sis bangun awal untuk laksanakan
misi ini. Ojja bawa perut jak la kot. Izwan bawa Ayam Masak Rasa Cina dan Ikan
Bilis & Kacang Goreng Garing Rangup. Dia jugak bawa sambal cili. Meletop
tak menu kami?
Ok,
driver kami tentulah Izwan. Buat apa ada jantan kalau Sis plak kena drive kan?
Sis jadi Ms. Waze jelah tunjuk jalan. Hohoho.. Ok, lebih kurang sejam lebih,
kami tiba di destinasi kami. Tak susah sangat untuk carik lokasi ini. Waze jer Asli
Adventure Base Camp, Mr. Waze akan bawa kita ke
lokasi. Pada Sis, tak susah sangat carik lokasi ini sebab banyak juga papan
tanda di sepanjang jalan. Laluan sama menuju ke Gunung Nuang thru Pangsun
(Kalau sesiapa yg dah naik Gunung Nuang).
Yeah, akhirnya kami sampai ke destinasi.
Serasa Sis la, ini perkampungan Orang Ori. Sebaik park keta di gigi jalan,
Izwan telah berjumpa dengan seorang lelaki (Org Ori) untuk membuat pembayaran
sebanyak RM5 sebijik keta. Di sepanjang jalan terdapat banyak chalet yang
berhadapan dengan sungai. Sis rasa akan datang ke sini lagi untuk mandi dan
berBBQ bersama family suatu masa nanti. Kita boleh sewa pondok yang berhadapan
dengan sungai dengan harga yg berpatutan. Selain itu juga, peralatan BBQ juga
disedaiakan. Pondok tersebut betul2 berhadapan dengan sungai. So, bleh la mandi
dengan gembiranya..
Ok, misi pendakian bermula! Sis rasa macam
tak larat untuk bawa makanan yang banyak. So, Sis agih2kan kepada Ojja dan
Izwan untuk bawa makanan yg lain. Hohoho, pitamlah Sis kalau Sis sensorang bawa
kan..
Jalan menuju ke air terjun tidaklah susah
tetapi pada Sis agak mengelirukan disebabkan banyak jalan dan jalan-jalan jugak
tidak ada tanda arah. Nasib baik semasa terpaksa memilih jalan, ada pendaki
lain yang tunjukkan jalan. Hinggalah kami terpaksa main redah jak selepas hanya
kami sahaja yang ada di laluan tersebut. Ya, macam biasa, Sis jelah pun orang
yang paling lambat sekali sampai.. Bukan apa, Sis suka mengamati keindahan
alam. Suka tangkap gambar, suka memerhati dan menghayati.. Izwan jangan kisah
la, dia kan laki. Kaki panjang. Semestinya laju. Tapi beberapa kali jugak dia
akan duduk tunggu kami kat depan.. Bila kami sampai, dia terus berdiri nak
sambung jalan.. Hello Kepochi, kami baru sampai kot.. Agak2 la..
Laluan menuju ke Air Terjun Lepoh ni tidaklah
sukar. Sis suka sebab keadaan dalam hutan yang tidak panas, hutan tebal dan
sejuk.. Pokok yang gemok, sihat dan binatang yang rajin.. Hahahaha, rajin la
sebab Sis asyik kena gigit nyamuk.. Biarlah rezeki diorg.. Sebab laluan menuju
ke air terjun ni, kena lalu kebun buah-buahan orang.. Hohoho.. Pokok getah,
pokok buluh, durian, rambutan, langsat.. Macam2..
Seingat Sis ada tiga jambatan kayu yang agak
uzur di sepanjang laluan kami. Ada beberapa anak sungai jugak..
Sis juga lihat ada batang paip yang besaq.
Mungkin depa ambik sumber air dari air terjun ini. Bagus jugak. Bersih..
Di sepanjang laluan kami, Sis ada lihat
pondok usang. Tak tahu apa fungsi pondok ini dulu.. Sekarang dah ranap
terbiar.. Mcm berpenunggu pun ada.. Hahahah..
Bila korg Nampak pondok yang last ini,
bermakna korg dah nak sampai. Sis rasa lebih kurang 200 meter lagi sampai air
terjun tu.. So, Sis dengan hati yg berbunga2 pun mempercepatkan langkah.. Sebab
kami dah dengar suara orang2 dan bunyi air terjun.. Hahahaa..
Akhirnya…. Taraaaaaaa.. Kami sampai jugak.
Izwan terus bentang tikar dan kami pun keluarkan makanan kami atas tikar. Niat
memang nak makan dulu sebab kami ni tak breakfast lagi. Memang lapaq kot. Tapi
malu la plak – sampai2 jak terus mamam.. Hahahaha.. Sis ngan Ojja, bukak kasut.
Sis buka baju, bukak seluar.. Opssss, Sis lapis seluar baju yaaa.. Senang nak
mandi. Kikikiki..
And seeeeeee, ada Mr. Pacat cuba nak isap
darah Ojja. Lebam rasa tangan Sis ni dia tumbuk kegelian. Sis suruh Izwan
buangkan tapi dalam masa sama, Izwan pun tengah buangkan Mrs. Pacat yang isap
darah dia.. Sis bimbang jugak tapi bila Sis check, tkde plak.. Syukurlah nak.
Sis selalu bertuah. Mr. Pacat tak suka darah Sis sebab darah Sis jenis ‘O’.
Tkde gula. Hahahaha..
Perggghhhh, air terjun dia punyalah sejuk..
Time Sis sampai tu, dah ada beberapa team jugak dah sampai. Anak-anak Org Ori
pun dah ada. Siap bergelongsor lagi dari atas terjun bawah. Risau betul Sis
depa ni terhempas kena kat batu.. Kan naya nak minta pertolongan cemas. Jauh
kot. Dah la tkde line tepon.. Adoiiiii..
Sis sempatlah mandi. Berendam walaupun sejuk.
Ojja tak berani nak berendam, sejuk katanya. Sis siap berenang kuak lentang
lagi. Air memang deras padahal tengok tenang jak.. Klu do katas batu tak mandi
memang rasa sejuk giler. Kena berendam dan basahkan seluruh badan – petua untuk
hilangkan rasa sejuk.. Kalau tak masuk dalam air, memang rasa sejuk..
Ok, dah berenang, berendam.. Perut pun rasa
lapaq.. Sis & The Genk pun bersantap la.. Bukan main selera kami bertiga
makan. Team lain pun makan jugak, tapi depa beli tapau. Kami masak sendiri ok..
Walau tak berapa nak sedap, tapi puas hati bleh makan banyak kali. Kikikiki…
Selesai makan, kami pelawa anak2 Ori tu makan
sama.. Almaklum makanan pun banyak lagi.. Apalagi seronok depa.. Siap panggil
kawan2 depa semua mai makan. Seronok Sis tengok.. Depa tak kisah, siap makan
kat penutup Tupperware lagi. Almaklum la, Sis bawa pinggan [3] jak untuk kami bertiga..
Depa tak makan guna pinggan, makan guna penutup dan ada yang makan dalam Tupperware
tu jugak.. Hahahaha..
Budak Ori tu siap kata – “Mata kakak cantik..
Pakai cermin mata ka??” Hehehehe, lama depa pandang mata Sis.. Sampai Sis rasa
terancam pulak.. Sis cakap, ini “konteks lens. Bukan cermin mata”.. Hohoho..
Alhamdulillah, makanan kami bawa habis jugak
akhirnya. Izwan siap bebel kat Sis sebab Sis masak sampai 5 pot nasik ok.
Hahahaha, memang niat nak bagi org lain makan kot.. Berat kot dia bawa dua jam
perjalanan tadi. Hahahaha.. Kesian dia.
Selesai berkemas, berendam, berselfie, kami
pun bertolak balik turun.. Trek ok santai jer sepanjang turun tu.. Time turun,
kami berselisih dengan kumpulan pelajar UNISEL.. Ramai. Tempat tu memang sesuai
untuk santai.. tapi Sis tak mo datang dah, sebab ada Mr. Pacat.. Mungkin datang
setakat sampai kat bawah [lokasi park keta] untuk berBBQ nanti, In Shaa Allah..
Sampai kat bawah, kami beli ice cream ngan
Uncle Ori. Sis mnta Mugnum – Dia bagi juga yg seakan sama rasa dengan Mugnum..
Hahahaa.. Boleh la dari tiada.
Kami mandi kt parking tu dengan bayaran 50sen
sekali masuk.. Boleh la untuk bersihkan diri dari kekotoran.. Selesai mandi,
Izwan drive balik.. Terpaksa rushing sebab nak kejar masa solat zohor.. Tapi
geram betul Sis, Izwan bawa keta 60/jam. Sangat santai dan rasa mengantok..
Kalau Sis tak sakit mata, Sis dah drive dah ni.. Layannnnn jelah..
Kami pun balik dengan hati yg gembira..
Terima kasih utk pengalaman ini. Penutup
2018..