Ahad, 18 November 2012

SELAMAT TINGGAL SEBUAH PENANTIAN

Alhamdulillah, akhirnya seluruh perasaan aku lega sebaik sahaja 6 pesanan ringkas (SMS) aku hantar untuk seseorang yang pernah dekat di hatiku.. Bukan mengungkit kisah silam, jauh sekali merayu simpati tetapi sekadar luahan rasa yang terbuku di hatiku selama ini.. Dan, yang paling penting ~ Aku memohon ampun & maaf di atas semua bentuk kesilapan aku terhadapnya selain memikirkan bahawa hari ini telah masuk tahun baru dalam Islam (Maal Hijrah). Kerana itu aku mengambil kesempatan untuk meluahkan rasa sekaligus menutup kisah kami secara baik..
Mengimbas kembali perjalanan perhubungan kami, aku sesali dengan semua benda yang telah berlaku.. Bukan niat untuk merendahkan dia dalam semua hal, tetapi aku berniat untuk menanam semangat dalam dirinya agar berubah & memperbaiki diri ke arah yang  lebih baik. Aku sangkakan dia menerima semua itu sebagai cabaran, tetapi lain pula jadinya.. Dia beranggapan aku mengutuk, menghina & tidak hormatkn dirinya.. Sedih, memang sedih! Lain yang aku harapkan, lain pula jadinya..
Sudahnya, hubungan yang diharapkan akan berada dalam bahagia, bertukar mimpi ngeri.. Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, akhirnya hubungan kami semakin renggang dan terus terputus tanpa ada perbincangan untuk membawa kepada penyelesaian yang harmoni.. Bukan aku tidak berusaha untuk menyelamatkan situasi hubungan itu, namun apalah kuasa aku jika hanya aku sahaja yang berusaha namun tidak di pihaknya. Setiap panggilan mahu pun pesanan ringkas (SMS) dariku langsung tidak pernah dijawab, jauh sekali membalasnya.. Apalah lagi dayaku untuk menyelamatkan hubungan ini, sedangkan dia lebih selesa begini ~ tanpa aku dihatinya..
Masih ku ingat aidilfitri yang lalu, ibuku meminta aku menghubunginya, namun sampai ke sudah dia tidak menjawabnya.. Sedangkan ibu hanya ingin bertanya tentang hubungan kami.. Lebih memilukan, sebelumnya dia memberikan sejuta alasan untuk tidak mahu menghantar aku ke airport (balik kampung sempena raya). Pun begitu, aku masih bersabar.. Mungkin salah aku sehingga dia tergamak melakukan semua ini kepada aku...
Kemuncak rasa terkilan aku apabila aku meminta pertolongannya untuk menghantarkan aku makanan semasa aku tidak berdaya (sakit chicken pox), namun dia memberikan bermacam-macam alasan.. Alasan untuk tidak menghulurkan bantuan pada aku.. Aku sedih sangatttttt.. Terkilan yang teramattttt.. Sampai sebegini sekali dia perlakukan aku, sedangkan suatu ketika dulu ~ aku pernah bertaktha di hatinya.. Kenapa begini teruknya dia tergamak melayan aku??
Justeru, hari ini aku telah nekad.. Aku berhenti berharap sesuatu yang tidak pasti.. Sesuatu yang tidak lagi menghargai perasaan aku, jauh sekali mencintai aku seadanya.. Aku mahu merdekakan perasaan aku, buang semua apa yang pernah terjadi dalam hubungan lalu kami.. Memulakan sekali lagi kehidupan baru di tahun baru Islam ini.. Bukan kerana aku membenci dia, tapi kerana aku sedar, rupanya dia lebih bahagia tanpa aku....
Masakan tidak, dia telah pun temui pengganti aku dihatinya.. Walau sedikit sedih, beberapa titisan air mata, demi untuk kebahagiannya aku redha.. Mungkin ini yang terbaik untuk kami.. Mungkin juga dia bukanlah insan terbaik untuk menjadi pelindung bagiku, dan begitu juga sebaliknya, mungkin aku bukanlah insan terbaik untuk berkhidmat padanya.. Kerana itu, aku wajib melupakan sebuah harapan bersamanya kerana keyakinan ku telah musnah dengan hadirnya seseorang di antara kami...
Untukmu teman,
Aku sentiasa mendoakan yang terbaik untukmu. Walau sesedih mana pun aku memikirkan dirimu, aku redha.. Aku tahu, kau lebih gembira tanpa aku.. Dan yang paling pasti lagi, aku juga berjanji untuk berhenti menghubungimu walau apa cara sekali pun ~ semua ini demi kebahagiaanmu.. Aku tidak berdendam, juga telah memaafkan namun sukar rasanya untuk menghilangkan rasa terkilan ini...
Akhir sekali, maafkan aku diatas semuanya yang telah berlaku.. Jujurnya, rasa sayang untukmu masih bersisa.. Namun, rasa terkilan lebih menggunung untukmu.. Semoga kita sama-sama bahagia dengan kehidupan dan keputusan ini.. Moga tiada dendam & halalkan segalanya.. SELAMAT TINGGAL untuk perhubungan kita, mungkin ini yang terakhir aku berbicara soal hubungan kita.. TERIMA KASIH yang tidak terhingga atas semua yang telah pun berlaku..

Cinta Itu Bukan Milik Ku Lagi,
:: Nur Farah Wahida ::

Sabtu, 22 September 2012

LUKA SEMALAM

Bersama kenangan semalam yang penuh luka, kulalui hidup ini walaupun penuh derita dan sengsara. Ya, semalam telah mengenalkanku akan erti sebuah derita percintaan. Percintaan yang pada mulanya mengajar aku erti kebahagiaan mencintai dan dicintai, akhirnya memaksa aku menelan pahit getirnya perpisahan yang tak terduga.

Bukan kupinta pertemuan jika akhirnya perpisahan yang mendatang. Bukan kurayu untuk diriku dicintai jika akhirnya aku ditinggalkan. Benarkah kata janji itu hanya manis di mulut tetapi menjadi racun berbisa jika ia tidak dikotakan. Ataukah aku yang terlalu berharap untuk memiliki hatimu sedangkan kau hanya ingin memainkan perasaanku? Butakah cintaku atau bersalahkah diriku yang terlalu mengharapkanmu untuk mengisi bunga-bunga cinta disegenap ruang hatiku.


Kutahu cinta bukannya paksaan dan paksaan dalam bercinta hanya membuat hati merana tapi cinta kita bukannya paksaan. Kita saling cinta mencintai namun hatiku merana jua. Benarlah kata-kata orang tua, cinta yang tidak disirami dengan bunga-bunga keikhlasan dan kejujuran akan menemui kegagalan. Apakah aku saja yang penuh ikhlas dan jujur mencintai dirimu sedangkan kau dengan sewenang-wenangnya  membunuh segala keikhlasan dan kejujuran dalam bercinta. Jika sesungguhnya dihatimu benar ada cinta untukku tetapi mengapa hatiku dilukai? Sedarkah kau bahawa luka yang kau tinggalkan terlalu dalam dan amat sukar untuk aku membalutnya kembali. Aku tak tahu adakah aku mampu untuk menyembuhkan luka yang amat dalam itu.

Jika dihatimu hanya ada dendam untuk menyakiti hati perempuan seperti aku, padamkanlah ia kerana kelak ia akan membakar dirimu jua. Siramilah api dendammu dengan kesejukan cinta seorang wanita. Mungkin kau pernah mengalami betapa deritanya sebuah cinta yang tak kesampaian. Tetapi mengapa kau melakukannya pada sebuah hati suci yang amat mencintaimu? Sedarlah kau sebelum kau dilukai buat kali kedua kerana kepedihan dari kelukaan amat seksa sekali untuk kau menanggungnya. Cukuplah sekali hati dilukai kerana luka untuk kedua kali hanya membuat diri serik untuk bercinta.

Cinta dicipta dan dianugerahkan kepada setiap hati insan bukan untuk dimungkiri kemudian ditinggalkan begitu saja. Cinta perlu dibelai dan dibaja dengan kemesraan dan kasih sayang. Tetapi jika hati telah tertutup untuk bercinta lagi, jangan sakiti dan lukai hati orang yang mencintaimu. Kelukaan yang kau tinggalkan buatku, sesungguhnya telah mendewasakanku.

Terima kasih atas kelukaan itu, akan kurawat ia walaupun amat sukar untuk aku melakukannya. Doaku semoga akan terbuka hatimu untuk mencintai seseorang dengan keikhlasan dan kejujuran yang hakiki. Walaupun kelak gadis itu bukannya aku.....

Sabtu, 30 Jun 2012

:: SEBELUMNYA ::


 
Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.




Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup!!
 

Sentuhan Rasa;
:: Nur Farah Wahida ::

Sabtu, 18 Februari 2012

CINTA TIDAK MESTINYA BERSATU

Melepaskan rasa bukan bererti melupakan akan kehangatan masa bahagia yang pernah bersemi.. Bahagia yang pernah ada adalah kenangan dan sejarah yang tidak mungkin akan berulang walau sedetik cuma...


Dan kita semakin asyik dengan keluhan hati, membiarkan luka itu terus menanah tanpa mengambil usaha untuk memulihkan hati telah parah..
Tanpa kita sedari atau kita sendiri yang tidak mahu memahami, cinta itu tidak seharusnya memiliki..
Membiarkan pergi bukan tiada lagi kesan tapi, kita akui tiada gunanya bersama dan merintih akan rayu jika hati tidak lagi merasakan bahagia walau bersama.. Kerana cinta itu bahagia bila melihat si dia tersenyum tenang bersama insan yang dicarinya..
Bila banyak bicara kosong tanpa ada sesuatu, menunjukkan kebodohan diri sendiri.. Kadang diam itu bukan bererti tidak mampu membicara, tapi membiarkan situasi agar tiada balah..


Kita sering merasakan diri hanyut keseorangan bila cinta itu masih kita miliki.. Kita merasakan tiada tangan yang sudi dihulurkan tika bangun itu rebah dan tersungkur.. Kita sakit dan pedih.. Kita terus melayani rasa kesedihan dan kehilangan.. Pada mata yang memandang sayu, meluahkan simpati, memberi kata-kata semangat.. Kita menidakkan kehadiran mereka-mereka.. Kerana kita telah terpengaruh  kecewa itu perlu disayangi..
Duhai hati yang terluka,
Mengapa selalu terkenang akan kepedihan perpisahan yang terjalin tanpa ada langsung semangat untuk bangun di dalam menempuh kehidupan ini?
Duhai hati yang kecewa,
Mengapa di biarkan sahaja sakit-sakit itu menghiasi harimu tanpa ada satu pun pegangan untuk memberi suntikan sinar di dalam perjalananmu..
Duhai hati yang telah hilang akan diri,
Bangun dan sedarilah.. Cinta itu tidak seharusnya kita miliki dengan memiliki dirinya... Kadang membiarkan dia pergi, dan melihat dirinya berbahagia.. Dan kita selalu mendoakan kebahagiaan bersama, jua punyai erti cinta yang sejati..
Bila aku tertanya dalam diri, siapakah aku hari ini.. Mahu terus ada disini, atau terus melangkah jauh dan pergi.. Menjadi pendiam dan bersendiri, sebenarnya aku tidak layak bertapak dalam rumpun ini...
Jika hari ini kita tewas dan kalah di dalam mengejar erti cinta mengikut kemahuan sendiri.. Kita kecewa dan terluka.. Dan membiarkan sakit-sakit menghiasi harimu.. Jangan kamu rasa keperitan itu ada sepanjang kehidupan.. Itulah pengalaman bermakna buat dirimu bagi menghadapi hari mendatang di dalam mencari cinta yang seharusnya kamu miliki..
Bangun dan sedarilah.. Cinta itu kadang tidak seharusnya memiliki...
Sedetik cuma merasakan bertapa kehangatan rasa itu hadir.. Amat selesa dan bagaikan tiada langsung akan sesalan yang dikeluh.. Namun, bila hilang tiada, terasa sakit dan menikam berkali-kali.. Bagi tertusuk kelu lidah berbicara.. Sungguh erti kepedihan cinta itu amat menyakitkan..
Jangan terlalu mendalami erti cinta yang tiada wajah akan setia.. Terlalu asyik dengan hubungan yang tidak ketahui mana pengakhirannya pasti akan ketemu perpisahan..
Cukup sudah untuk aku menahan sakitnya luka..


Bingkisan rindu,
.: Nur Farah Wahida @ FaRaH LoReNzA :.


Ahad, 5 Februari 2012

HIKMAH SEBUAH PERPISAHAN

Alhamdulillah... Terima kasih Ya Allah atas perpisahan ini.. Walau sejuta duka terpaksa aku lalui sebaik sahaja cinta terindah yang pernah tercipta antara kami berakhir, kini aku sedang menikmati hikmah di sebaliknya...

Ya, semusim yang lalu cinta mu mati di atas jalan bernama perpisahan.. Aku meratapinya lalu terbina nisan kenangan cinta.. Walau terlalu sakit untuk aku menerima hakikat perpisahan itu, aku terpaksa jua melaluinya dengan senyuman.. Semuanya kerana aku perlu melepaskan perasaan itu berlalu pergi dan bangkit semula demi sebuah kehidupan yang lebih sempurna...




Walau kita tidak pernah menunding jari menyalahkan antara kita.. Jauh sekali menyalahkan hubungan lalu.. Namun, kita sama-sama memahami permasalahan ini berpunca daripada apa?? Siapa?? Sebab apa?? Mungkin kerana kewarasan akal fikiran, kita sama-sama berdiam diri membiarkan hubungan yang dulunya terlalu indah itu berkubur begitu saja.. Semuanya kerana 'kepenatan' kita mengharungi sebuah hubungan yang kini tidak lagi seindah dulu...

Pernahkah kau bertanyakan apa yang telah aku lewati selama kita menjalinkan hubungan istimewa ini?? Berapa kalikah aku memberi ruang dan peluang untuk melihat hubungan kita diangkat untuk lebih bermakna & kukuh?? Sedih... Memang tersangat sedih... Umpama mimpi buruk yang aku tak ingin mengenangkannya lagi!!!!

Pun begitu, aku tetap bersyukur...
Bersyukur kerana mempelajari pengalaman pahit yang mendewasakan..
Kerana aku telah pun bersedia untuk menerima kekecewaan, menghadapi penolakan dan tentangan... Walaupun tak biasa, itu lumrah kehidupan... Aku bersyukur dengan pengalaman hidup ini...

Kecewa bercinta bukan bermakna matlamat dunia kita sudah pun berakhir. Jangan kerana ditinggalkan oleh seseorang, kita duduk bermenung bertemankan air mata. Sedangkan seseorang itu sedang berbahagia dengan kekasih yang baru...

Aku tidak menyesalinya...
Malah aku tetap bersyukur dengan perpisahan ini..
Yang pastinya, aku kini bahagia dan tenang dengan kehidupan baru aku..
Penghijrahan demi kerana Allah ini banyak mematangkan aku dan menemukan aku dengan ketenangan dan kedamaian hati..

Walhal, sedetik masa dulu, seringkali persoalan 'bagaimana mungkin aku lalui kehidupan ini tanpa cintamu lagi??' bermain di benak fikiranku.. Acapkali fikiran ku menerawang jauh berfikir semua kemungkinan... Yang adakalanya mematahkan semangat aku untuk kukuh berdiri... Namun, alhamdulillah.... Aku kini yakin akan janji Allah, selepas semua kesusahan pasti akan ada sinar kebahagiaan...

Buktinya kini ~ Aku bahagia dengan perpisahan kita yang suatu ketika dulu hampir-hampir meragut seluruh kebahagiaan hati aku... Terima kasih Ya Allah.. Terima kasih RG atas perpisahan ini.. Walau dimana kau berada, aku mendoakan semoga kita sama-sama mengecapi bahagia dengan kehidupan masing-masing... AMIN...




:: Nur Farah Wahida @ FaRaH LoReNzA ::

SESAL DI AWAL KISAH

Untukmu yang tak percaya cinta, tapi meyakini keberadaannya...
Kutulis ini untukmu bersama perasaan yang masih belum bisa aku beri "pengertian". Bukanku tak sayang, bukanku tak cinta, namun rasa ini "takut salah"...
Dan..., tak cukup alasanku untuk tidak mendekatkan hati ini pada cintamu...

Kau yang mengatasnamakan "cinta pada pandangan pertama"...
Kau jerat aku dalam bius keindahan tatapanmu, kesempurnaan kata-katamu, dan lembutnya belaian kasihmu...
Tak bisa ku menjauh, setidaknya untuk "saat ini".
Aku membutuhkan semua tentangmu.
Tak ingin lepas, tak ingin pergi, UNTUK SAAT INI...

Menangis bersamamu...
Tak dapat kugambarkan keindahan lukisan suasana hatiku.
Kau kuatkan aku disaat "perasaannku" mengatakan bahawa : HIDUP INI TAK BERPIHAK PADAKU...
Kau datang bak "perwira berkuda putih" yang dulu sering aku bayangkan menyelamatkan "kerapuhanku"...
Sesaat, terlintas difikiranku : "INIKAH YANG AKU TUNGGU???"
Tapi hati belum 'sempat' menjawab semua itu, kerana telah terhanyut bersama hangatnya tatapanmu itu...
Terima kasih untuk "senyum" yang kau titipkan untukku di setiap malamku...
AKU MENYAYANGIMU...
Biarlah kurasakan "sesal" ini di awal kisah dan perjalanan panjang ini...
"Kuingin CINTA yang tak tergantikan"



:: Nur Farah Wahida ::

ROCK CLIMBING Via FERRATA, PAYA GUNUNG

Semalam, genk Sis telah mencuba sesuatu yang baru iaitu Rock Climbing Via Ferrata di Paya Gunung, Jerantut. Via Ferrata ni berasal dari...