Rabu, 19 Oktober 2011

MISTERI CINTA

Sekiranya kamu dapati diri mu menyintai seseorg yg tak membalas cintamu,
Janganlah merasa tersisih.
Tiada salahnya menyintai seseorg
Kerana cinta tak memilih utk singgah di hati seseorg.

Sekiranya kamu di cintai oleh seseorg yg tak kamu cintai,
Anggaplah ia satu penghormatan buat diri mu tapi
kembali kan penghormatan tu dgn cara yg ikhlas & jujur.
Jgn ambik kesempatan & jgnlah melukakan.

Bagaimana kamu mengurus cinta, begitulah jua kamu mengurusi diri mu.
Setiap hati & prasaan mengalami kepedihan & kebahgiaan yg serupa
sekalipun cara kita mengendalikannya berbeza.

Sekiranya kita bercinta dgn seseorg yg begitu menyintai diri
kita & tiba2 cinta memilih utk pergi, tiada siapa yg harus
di persalahkan... Relakanlah cinta itu pergi.
Kerana setiap yg berlaku ade maksud yg tersembunyi &
kita akan menyedari apabila masa silih berganti.

Ingatlah bahawa jgn terlalu memilih cinta.
Kerana cinta sendiri akan memilih utk singgah di hati sesiapa.
Kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta dgn segala misteri
di dlmnya apabila ia dtg mengetuk pintu hati mu.
Nikmatinya sebagaimana ia membuat hidup mu bahagia...

Cinta sentiasa & selamanya akan menjadi misteri.
Bersyukurlah kerana ianya pernah singgah di hati mu..

Selasa, 19 Julai 2011

FAKTA YANG PERLU WANITA TAHU


Baiklah saya akan dedahkan beberapa fakta yang akan buat anda semua terkejut. Kita mulakan sekarang...

·         Kejayaan sesuatu percintaan hingga ke jinjang pelamin adalah faktor kekuatan mental dan bukannya fizikal.

·         Anda tidak perlu bazirkan emosi anda kepada seseorang lelaki sehingga anda tahu dialah lelaki ideal bakal suami anda.

·         Di dalam dunia sekarang lebih ramai wanita yang tidak berkahwin berbanding lelaki!

·         Untuk berjaya di dalam percintaan, wanita perlu mengetahui kekuatan dirinya dan menggunakannya untuk memikat lelaki.

·         Lelaki ideal anda adalah satu dalam seratus ataupun mungkin satu dalam seribu! Jadi, anda perlu bertemu dengan banyak lelaki sehingga anda benar-benar menjumpai lelaki idaman anda.

·         Saiz badan dan fesyen pakaian anda tidak menarik perhatian lelaki tetapi sebaliknya bagaimana anda mengenengahkan penampilan diri dan pakaian anda. Itulah yang menarik perhatian lelaki.

·         Jangan bercinta dengan lelaki kerana anda rasa bersimpati dengannya!!!

·         Minda anda adalah aset yang terbaik!!!

Khamis, 23 Jun 2011

Pesanan Rasulullah – 6 Sifat Wanita yang Perlu Dielak Untuk Dikahwini

Setiap lelaki muslim mahukan pasangan hidup yang terbaik untuk diri masing-masing. Namun, dalam kita mengejar yang terbaik lelaki sendiri kadang-kadang terlupa untuk menjadikan diri mereka sendiri sebagai seorang muslim sejati(penulis sendiri juga tidak terkecuali dengan kata-kata ini) . Kita(lelaki) mengharapkan wanita yang terbaik untuk dijadikan pasangan hidup maka kita juga perlu menjadi yang terbaik untuk pasangan kita.

Pesanan Rasulullah s.a.w untuk kaum lelaki :

“Jangan engkau kahwini wanita yang ada 6 sifat ini. Yang Ananah, yang Mananah, yang Hananah, yang Hadaqah, yang Basaqah dan yang Syadaqah”.



1. Wanita Ananah:
Wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2. Wanita Mananah:
Wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3. Wanita Hananah:
Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4. Wanita Hadaqah:
Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya. Selain itu wanita ini suka ikut nafsunya.Wanita sebegini memeningkan kepala lelaki. Dia tengok apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu berseri menjadi sugul dan tertekan. Berdosa besar baginya.

5. Wanita Basaqah (ada 2 makna):
Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua dia marah ketika makan, selalunya dia tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah:
Banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja...

Selasa, 14 Jun 2011

10 TIPS MEMELIHARA CINTA SEJATI

Cinta bukanlah daripada kata-kata, tetapi segumpal keinginan yang diberikan kepada hati yang memerlukan. Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang, dan bukan siapa dia sebelumnya. Malah, kisah lampau yang berlaku tidak perlu diungkit lagi sekiranya hati benar-benar menyintai dirinya. Sememangnya hidup bercinta dan untuk dicintai amat mudah, tetapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai sukar diperoleh. Ikuti 10 tips dibawah ini untuk memelihara cinta sejati.



Pilih pasangan yang sesuai
Janganlah sesekali jatuh cinta dengan seseorang yang sangat berpotensi. Wang dan rupa bukannya penyuntik cinta sejati. Terlalu banyak pasangan memilih teman hidup yang sebegini dengan harapan mereka berpeluang menikmati segalanya.Secara jujur, tanyalah pada diri sendiri: “Dapatkah aku mencintai dia dengan cara yang sebenarnya tanpa harapan untuk berubah?” Jika tidak, buatlah keputusan untuk cari yang lain.

Jangan terburu-buru
Jangan menurut kehendak nafsu seks. Pasangan yang melakukan hubungan seksual akan mencipta suatu keintiman yang salah dan boleh menuju ke arah kekecewaan.

Percaya akan kelemahannya
Jangan mengabaikan keputusan untuk memiliki sesuatu hubungan atau perkara yang diingininya. Misalnya, jika pasangan membuat suatu penyataan seperti, ’saya tidak melaksanakan komitmen dengan baik,” percayalah dia.Anda seharusnya tanya pada diri sendiri; ‘adakah dia sudah bersdia menghabiskan waktu untuk aku atau semata-mata untuk hobinya kemudian baru mengingati aku.’

Tutup mulut
Jangan cuba menceritakan tentang keburukan atau kelemahan pasangan kepada rakan. Bertanggung jawab dalam mengungkap perasaan anda terhadapnya dan saling merahsiakan antara satu sama lain. Cara sebegini dapat mengelakkan daripada berlakunya sesuatu konflik dan hubungan emosional anda berdua.

Terima seadanya
Terima pasangan dengan niat hati yang ikhlas. BUkan hanya sewaktu bercinta, pada awal perkahwinan dan sewaktu berbulan madu, tetapi amalkan date night sekali seminggu.

Jadi pemerhati
Bersikap pemerhati terhadap pasangan. Cuba memerhati dan memahami tingkah laku dan pemikirannya. Paling penting, sentiasa mengambil berat setiap apa yang berlaku. Ini mengelakkan daripada pasangan berani menipu dan cuba melakukan sesuatu di luar jangkaan.

Buktikan siapa diri anda
Fokus pada setiap perkara yang anda gemari dan tidak daripada pasangan, serta cuba berbincang cara bagaimana menyelesaikan masalah tersebut berdua.

Mr. Right kembali
Sedang asyik bercinta, orang yang pernah berpaut di hati anda suatu masa dahulu, tiba-tiba muncul di hadapan. Bagi anda yang menghadapi masalah sebegini, adalah suatu perkara sukar untuk diselesaikan, bukan?Perasaan buntu dan bercelaru tentunya datang dan memaksa diri membuat keputusan. Buat keputusan agar tidak menyintainya lagi. Lupakan segala sejarah silam dengan memulakan kehidupan dan cinta baru.

Bukan perigi cari timba
Anda tidak pernah merakan bahawa cinta sejati seperti objek yang keras atau seolah-olah berkelakuan syok sendiri. Malah, anda haruslah sama-sama berinteraksi dan berbincang terhadap apa yang berlaku dalam perhubungan.

Hargailah diri sendiri dan pasangan
Hubungan yang sihat akan meningkatkan penghargaan diri dan pasangan. Untuk memperoleh hubungan yang lebih harmoni, setiap pasangan perlu menghargai diri sendiri dengan cuba mengungkapkan kata-kata romantis atau lakukan sesuatu kejutan terhadap dirinya....

Isnin, 13 Jun 2011

6 Reasons Why Sweet To Be Single?

Tidak berteman? Rasa sunyi? Usah harungi detik bersendirian dengan perspektif pesimistik. Berikut adalah antara alasan mengapa single ROCKS!!!



Bebas dan berdikari
Jika terasa ingin membeli belah, jangan fikir lama-lama. Dengan kebebasan yang ada, anda boleh membuat apa sahaja yang anda suka, sama ada menonton wayang romantiks seorang diri atau ke salun kecantikan. Jika teringin mencuba stail rambut baru, pergilah ke salun dan dapatkan nasihat. Bukan sahaja kebebasan ini dapat memberi anda ruang untuk mebuat perkara yang diinginkan, anda juga dapat berkenalan dengan lebih ramai rakan baru tanpa perlu risau boyfriend berasa cemburu.

Jadi rakan yang baik
Sememmangnya tanpa kekasih di sisi, anda mempunyai banyak masa berkualiti bersama rakan-rakan. Anda boleh ke spa bersama-sama dan mengadakan parti di rumah. Bukan sahaja mengeratkan hubungan malah memberi peluang mengenali diri dan rakan. Detik yang dikongsi bersama boyfriend ke padang bola atau futsal boleh digantikan dengan membuat aktiviti yang lebih berfaedah dengan rakan baik.

Lebih banyak masa berkualiti di rumah
Ibu bapa sering terasa keseorangan apabila anak gadis sudah besar dan mempunyai boyfriend terutamanya apabila anak-anak sudah bekerja dan mempunyai rumah sendiri. Kalau single, lebih banyak masa boleh diluangkan bersama mereka di rumah. Sama ada makan malam bersama atau berbual-bual di hujung minggu cukup bermakna kepada kedua-dua ibu bapa anda. Bukan itu sahaja, anda juga boleh membantu ibu mengemas rumah atau menolong ayah mencuci kereta. Hubungan kekeluargaan akan lebih erat.

Kuat keuntungan dengan part-time
Dengan banyak masa terluang, anda boleh membuat kerja part-time. Bukan sahaja memberi wang lebih malah berpeluang berkenalan dengan orang baru. mungkin anda bertuah bertemu teman baru yang berkongsi minat yang sama.

Jimat kos
Bila berdating, perbelanjaan akan meningkat. Bila single, perbelanjaan boelh dijadikan simpanan dan digunakan untuk aktiviti yang diinginkan seperti melancong ke luar negara dan membeli komputer riba baru. Anda boleh memilih untuk makan fast food dan pulang ke rumah menikmati makanan ibu. Bukan itu sahaja, anda tidak perlu keluarkan bajet untuk hari2 speselseperti hari kekasih, ulang tahun dan sebagainya.

Kurang beban tanggungjawab
Anda tidak perlu risau sama ada rakan-rakan boyfriend sukakan anda atau tidak. Anda juga tidak perlu risau sama ada ibu bapanya mempunyai impresi positif terhadap anda. Dengan menjadi single, anda hanya perlu bertanggungjawab pada diri sendiri. Segala keputusan terletak di tangan anda dan tak perlu rasa gusar atau bimbang sama ada ia akan merisaukan boyfriend anda.

Ahad, 12 Jun 2011

Chinese Good Luck Tantra Totem

Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca!  Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!!!  



PERTAMA 
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan...  

KEDUA
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua... 

KETIGA 
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari..  Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu..

KEEMPAT 
Apabila kamu berkata, "AKU CINTA PADAMU" maka tunaikanlah..  

KELIMA
Apabila mengatakan, "MAAF", tenunglah matanya..  

KEENAM 
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan..  
    
KETUJUH
Percayailah cinta pandang pertama..

KELAPAN 
Usah tertawakan impian orang lain.. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa..  

KESEMBILAN
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang.. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini..  

KESEPULUH
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman.. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar..    

KESEBELAS
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka..  

KEDUABELAS
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas..
  
KETIGABELAS
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"   

KEEMPATBELAS
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar..   

KELIMABELAS
Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin..   

KEENAMBELAS
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar!

KETUJUHBELAS
Berpeganglah kepada tiga R:
  • Rasa hormat pada diri sendiri;
  • Rasa hormat kepada orang lain;
  • Rasa t/jawab terhadap semua tindakan anda!
KELAPANBELAS
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar..   

KESEMBILANBELAS
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu..  

KEDUAPULUH
Tersenyumlah ketika menjawab telefon.. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar..  

KEDUAPULUH SATU 
Ada ketikanya anda perlu bersendirian...

Sabtu, 11 Jun 2011

PERWATAKAN MELALUI TAHUN KELAHIRAN




TIKUS
(1912, 1924, 1936, 1948, 1960, 1972, 1984, 1996, 2008...)
Mereka yang di lahirkan di bawah tahun ini di gambarkan mempunyai tarikan tersendiri untuk jantina lawan.  Mereka bekerja keras untuk mencapai cita² mereka dan dikatakan tergolong dalam orang² yang mementingkan kesempurnaan.  Mereka sangat berhemat dalam perkara melibatkan wang ringgit.  Namun mereka mudah marah dan gemar bergosip.  Cita² mereka biasanya besar dan lazimnya mereka akan berjaya dalam hidup.  Sangat kompetitif bersama-sama dengan mereka yang dilahirkan dalam tahun naga, monyet dan lembu.

LEMBU
(1913, 1925, 1937, 1949, 1961, 1973, 1985, 1997, 2009...)
Orang² yang di lahirkan pada tahun ini adalah seorang yang penyabar, tidak banyak bercakap dan memberikan keyakinan kepada yang lain.  Namun mereka berkelakuan agak ganjil, berfikiran sempit dan mudah marah.  Walaubagaimanapun, mereka adalah golongan yang sangat bersedia sama ada secara mental ataupun fizikal.  Mudah bergaul, kadangkala mereka juga agak degil dan benci kepada kegagalan. Sangat sesuai bersama orang² dibawah zodiak ular, ayam mahupun tikus.

HARIMAU
(1914, 1926, 1938, 1950, 1962, 1974, 1986, 1998, 2010...)
Mereka yang berada di bawah zodiak harimau adalah orang yang sensitif, sentiasa memikirkan sesuatu secara mendalam dan sangat simpatetik.  Adakala boleh juga menjadi orang yang mudah  marah.  Orang lain biasanya akan menghormati mereka namun mereka juga boleh terlibat dalam konflik dengan orang yang lebih tua atau yang berkuasa.  Sesetangahnya tidak boleh membuat keputusan menyebabkan sesuatu tindakan lambat diambil ataupun sudah terlewat.  Mereka juga mencurigai orang lain namun mereka orang yang bersemangat kental dan berkuasa.  Mereka sesuai digandingkan bersama-sama mereka yang dilahirkan pada tahun kuda, naga dan anjing.

ARNAB
(1915, 1927, 1939, 1951, 1963, 1975, 1987, 1999, 2011...)
Tahun arnab melambangkan mereka yang petah, berbakat dan bercita-cita tinggi.  Mereka baik dan mempunyai citarasa yang bagus.  Mereka dikagumi, dipercayai, dan selalu bertuah dalam hidup.  Walaupun gemar kepada gosip namun mereka bijaksana dan susah untuk naik marah.  Mereka bijak mengendalikan perniagaan dan cermat.  Walaupun berupaya menjadi seseorang yang bagus dalam arena perjudian namun mereka jarang berjudi kerana mereka juga adalah orang yang konservatif dan berfikiran luas.  Sangat sesuai bergandingan dengan mereka dibawah zodiak kambing, babi dan anjing.

NAGA
(1916, 1928, 1940, 1952, 1964, 1976, 1988, 2000, 2012...)
Orang yang di lahirkan pada tahun naga ini adalah seorang yang sihat, sangat bertenaga, menyeronokkan, mudah marah dan degil.  Namun di sebalik itu mereka juga seorang yang jujur, sensitif, berani dan dapat memberikan inspirasi, keyakinan dan kepercayaan kepada orang lain.  Walaubagaimanapun mereka adalah orang yang ganjil dan luar biasa.  Mereka tidak akan meminjam wang mahupun petah memberikan ucapan tapi mereka akan mudah lembut hati yang kadangkala memberikan peluang kepada orang lain untuk mengambil kesempatan terhadap mereka.  Sangat sesuai bergandingan dengan orang kelahiran tikus, ular, monyet dan ayam.

ULAR
(1917, 1929, 1941, 1953, 1965, 1977, 1989, 2001, 2013...)
Mereka yang berada dibawah zodiak ini adalah orang yang sangat sedikit berkata-kata tetapi mempunyai pengetahuan yang luas.  Mereka tidak pernah risau tentang wang ringgit kerana kebiasaannya tuah menyebelahi mereka dalam soal kewangan.  Mereka agak mementingkan diri dan sombong, namun masih mempunyai perasaan simpati yang tinggi terhadap orang lain dan suka menolong orang yang kurang berkemampuan.  Mereka lebih suka bergantung kepada diri sendiri namun kadangkala sehingga berlebihan kerana sifat prasangka mereka pada orang lain.  Mereka yakin dengan tindakan mereka dan bencikan kegagalan.  Selalunya mereka ini berwajah menarik dan kadangkala menghadapi masalah dalam perkahwinan kerana sikap mereka yang suka berubah-ubah.  Sepadan bersama mereka dibawah zodiak lembu dan ayam.

KUDA
(1918, 1930, 1942, 1954, 1966, 1978, 1990, 2002, 2014...)
Mereka adalah orang yang popular.  Mereka sangat ceria, sangat cekap uruskan duit, tajam daya tanggapan walaupun adakalanya bercakap terlalu banyak.  Mereka juga adalah golongan yang bijak, berbakat dan mempunyai kemahiran dengan tangan namun adakalanya menjadi lemah bila berhadapan dengan jantina yang bertentangan.  Kurang sabar dan cepat marah tentang segala-galanya kecuali kerja seharian mereka.  Sukakan kepada hiburan dan suasana yang mempunyai ramai orang.  Sangat berdikari dan jarang mendengar nasihat.  Sepadan bergandingan bersama mereka yang lahir pada tahun harimau, anjing dan kambing.

KAMBING
(1919, 1931, 1943, 1955, 1967, 1979, 1991, 2003, 2015...)
Mereka tergolong sebagai orang yang elegan dan sempurna dalam seni.  Sekali imbas mereka akan dilihat sebagai orang yang lebih baik daripada zodiak² lain.  Namun mereka yang dilahirkan dalam tahun ini selalunya adalah seorang yang pemalu, pesimis dan kadangkala celaru dalam hidup.  Mereka adalah orang yang pentingkan agama.  Agak kelam kabut dalam percakapan namun mereka sentiasa bersemangat dalam apa yang mereka lakukan dan percayakannya.  Mereka tidak pernah risau untuk mendapat yang terbaik dalam hidup kerana kemahiran mereka membolehkan mereka mudah mendapat wang dan mereka juga gemarkan kesenangan yang mereka perolehi.  Mereka bukan sahaja bijak malah sopan dan mudah simpati.  Paling sesuai bergandingan bersama orang kelahiran tahun arnab, babi dan kuda.

MONYET
(1920, 1932, 1944, 1956, 1968, 1980, 1992, 2004, 2016...)
Kelahiran tahun ini melambangkan seorang yang pandai, berkemahiran dan berteloransi dan mereka juga sangat inventif serta asli serta mampu menyelesaikan masalah yang paling sukar sekalipun dengan mudah.  Ada beberapa bidang yang mereka tidak mampu mencapai kejayaan dan mereka juga dianggap seorang yang mudah menyetujui sesuatu perkara.  Mereka mahu melakukan sesuatu perkara pada masa itu juga dan sekiranya berlaku sebaliknya, mereka akan mudah menjadi tidak bersemangat dan ada kemungkinan meninggalkan terus kerja itu.  Walaupun bijak membuat keputusan tapi mereka gemar memandang rendah kepada orang lain.  Mereka gemar kepada pengetahuan dan mempunyai daya ingatan yang kuat.  Bersemangat tinggi serta kemarahan yang mudah untuk ditenangkan.  Sesuai berpadanan dengan zodiak naga dan tikus.

AYAM
(1921, 1933, 1945, 1957, 1969, 1981, 1993, 2005, 2017...) 
Mereka ini adalah orang yang mempunyai fikiran yang dalam, berkebolehan dan berbakat.  Mereka gemar menyibukkan diri dan setia melangkaui keupayaan mereka dan akan menjadi kecewa jika gagal.  Mereka agak ganjil dan selalu menghadapi hubungan yang sukar dengan  orang lain.  Mereka rasa mereka adalah pihak yang benar tetapi ia sebenarnya adalah betul.  Biasanya mereka keseorangan dan walaupun pihak lain nampak mereka sebagai seorang yang lasak dan gemarkan aktiviti, mereka bukanlah begitu sebenarnya.  Emosi mereka sama dengan hartabenda mereka, kadangkala berada pada tahap yang tinggi, kadangkala rendah.  Boleh juga menjadi seorang yang mementingkan diri atau terlalu lantang berkata-kata namun pada masa yang sama sangat menarik dan sangat berani.  Orang kelahiran tahun lembu, ular dan naga paling sesuai berpasangan dengannya.

ANJING
(1922, 1934, 1946, 1958, 1670, 1982, 1994, 2006, 2018...)
Orang di bawah kelahiran tahun anjing mempunyai sifat² terbaik bagi seseorang manusia.  Mereka sangat setia, jujur dan memberikan inspirasi serta keyakinan kepada orang lain kerana merka pandai menyimpan rahsia.  Namun kadangkala mereka juga sangat mementingkan diri, sangat degil dan ganjil.  Mereka kurang kisah pada kekayaan namun kewangan bukanlah menjadi masalah pada mereka.  Mereka juga  boleh menjadi agak dingin dalam suasana tertentu dan pandai pula mencari masalah dan diketahui juga suka bercakap melulu.  Tapi satu yang agak baik, jika mereka menjadi pemimpin atau ketua, mereka akan kendalikan kerja itu dengan baik.  Sesuai dipadankan dengan orang yang dilahirkan pada tahun kuda, harimau dan arnab.

BABI
(1923, 1935, 1947, 1959, 1971, 1983, 1995, 2007, 2019...)
Mereka yang dilahirkan pada tahun babi digambarkan seorang yang berani dan bersopan santun.  Apa sahaja yang mereka lakukan, mereka akan lakukannya dengan sepenuh hati.  Bagi mereka yang dilahirkan dalam tahun babi jantan, mereka tidak pernah mengalah selain mempunyai sifat jujur yang sangat mendalam.  Biasanya mereka jarang mempunyai kawan yang ramai namun kawan² di sisi mereka adalah untuk sepanjang hayat kerana mereka begitu setia.  Tidak banyak bercakap namun sangat dahagakan ilmu pengetahuan.  Banyak belajar dan selalunya banyak mempunyai maklumat.  Agak cepat marah namun mereka bukannya gemar kepada pergaduhan mahupun pertengkaran.  Sangat baik kepada orang² kesayangan mereka dan tak kira seteruk mana satu² masalah mereka akan cuba menyelesaikannya secara telus.  Orang² tahun kelahiran yang sesuai digandingkan dengannya ialah arnab dan kambing..



Apa Itu CINTA??

Setiap peristiwa yang bermula dari pandangan mata akan menjadi seperti api yang menyambar tanpa amaran awal.  Namun apakah yang anda alami itu dinamakan ledakan perasaan cinta? Mari kita kaji perkara-perkara di bawah :-

  • Apakah telapak tangan anda berpeluh, hati anda dan suara anda tersekat-sekat? Hal itu bukanlah cinta, tapi SUKA.
 Tangan anda tidak dapat berhenti memegang dan menyentuhnya? Itu bukanlah cinta, tapi BERAHI.
  • Apakah anda bangga dan selalu ingin mempamerkannya kepada semua orang? Hal itu bukanlah cinta, tapi anda merasa MEGAH!
 Apakah anda sukannya kerana anda tahu dia akan selalu berada di samping anda? Hal itu bukanlah cinta, tapi KESEPIAN...
  • Apakah anda masih bersamanya kerana semua orang ingin mendekatinya? Hal itu bukanlah cinta, tapi KESETIAAN..
Apakah anda menerima pernyataan cintanya kerana tidak mahu menyakiti hatinya? Hal itu bukanlah cinta, tapi rasa KASIHAN!
  • Apakah anda bersedia untuk memberikan semua yang anda sukai deminya? Hal itu bukanlah cinta, tapi KEMURAHAN HATI!
Apakah anda mengatakan padanya bahawa dia adlaah sau-satunya hal yang sering anda fikirkan? Hal itu bukanlah cinta, tapi KEPALSUAN!!
  • Apakah anda masih menerima kesalahan mereka kerana perkara itu adalah sebahagian dari keperibadiannya?? Ya, itulah CINTA...
Apakah anda tertarik pada orang lain tapi masih bersamanya dengan setia?  Ya, itulah CINTA!
  • Apakah anda rela memberikan hati anda, kehidupan dan jiwa raga? Ya, itulah CINTA..
Apakah hati anda tersentuh bila dia bersedih??  Ya, itulah CINTA...
  • Apakah anda menangis untuk kepedihannya biarpun dia cukup tegar?? Ya, itulah CINTA!!
 "Erti CINTA adalah bergantung apa dan siapa yang berkata tentangnya. Pastinya CINTA itu adalah pemikiran emosi yang bergelora, yang mana orang yang mencintai dan dicintai akan merasakan berkibarnya hidup dengan bendera cinta yang disadur dengan kasih sayang, rindu, pengorbanan, penantian, jiwa dan perasaan. Namun cinta itu boleh jadi seperti bola.. jauh di kejar.. Dekat di tendang.."

20 PERKARA YANG MEMBUATKAN WANITA MEMBENCI LELAKI

SEKADAR SEBUAH PENDAPAT....


MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

SUKA ‘CUCI MATA’
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka… Macammana tu?



EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

PERASAN
Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji…

MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…

PANAS BARAN
Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga..

"FIKIR-FIKIRKAN & SELAMAT BERAMAL...."

FARAH LORENZA

Nama aku, FARAH.. Tu nama glamer la.. Kawan2 dok panggil dengan nama tu.. Tapi ada juga kawan2 panggil dengan nama IVY.. Jugak nama glamer... Tapi lebih ramai panggil FARAH.. Sebetulnya nama aku NUR FARAH WAHIDA... Menurut Surat Lahir milik aku, aku selamat dilahirkan di Kg. Nagapas, Papar, SABAH... Tapi celik jew bijik mata, aku membesar di kg yg aman damai - Kg. Makaniton, Tenom, SABAH.. Jauh dari gejala tidak bermoral kota metropolitan...

Mula bersekolah di SK Pulong, Tenom.. Kemudiannya di SMK Tenom dan berpindah ke SM Vokasional, Keningau.. Sebaik tamat SPM, aku ambik keputusan untuk bekerja sementara menunggu keputusan SPM.. Mcm2 aku buat.. Dari jadi minah kilang, penjual insurans, promoter, cashier smpi la jd kerani... Huhuhuhuhu, rupa2nya susah gak nk hidup ni... Semua perlu duit... Apatah lagi memikirkan aku merupakan anak pertama dari sembilan beradik.. Besaqnya tggjwb aku, kn???

Akhir pada semua tu, aku cuba2 la apply semua keja2 kosong dalam kerajaan & jgk swasta.. Alhamdulillah, sangkut plak ngan keja aku skrg ni.. Terdesak dgn kos hidup & rasa tggjwb pd family, aku pn berhijrah la ke Tanah Semenanjung.. Semuanya kerana keja aku skrg ni.. Aku bertekad untuk membina istana bahagia utk family aku berteduh memandangkan umh pusaka peninggalan arwah atuk aku terlalu kecik utk tiga keluarga mendiaminya....

Selepas lima tahun berkhidmat, akhirnya aku mampu jgk membina teratak buruk utk keluarga aku berkumpul.. Semuanya hasil keringat keluarga aku.. Dari bertukang, menyemen & sebagainya dilakukan oleh parents & adik beradik aku jew.. Termasuk aku sekali la... Heheheheheee.... Alhamdulillah, akhir tahun itu, kami sekeluarga mula mendiami teratak tu wlu tdk sesempurna mahligai org lain.. Tp yg pnting hnya ada - aku, mak aku, bapa aku, enam org adik laki aku & dua adik pompuan aku.. Hanya kami....


Ha, nilah keluarga bahagia aku... Semasa sambutan raya tahun 2010 yg lalu... Aku rasa cepat jew masa berlalu sehingga dua adik pompuan aku dh menikah manakala adik laki aku yg sorg ni bakal menamatkn zaman bujangnya penghujung tahun ni... Aku jgk la bujang trang tang-tang... Hehehehee, tkpa kot.... Janji happykn...?? Heheheee....



Sekian la dulu catatan aku kali ni....
InsyaAllah kita jmpe di catatan akan dtg.....


ROCK CLIMBING Via FERRATA, PAYA GUNUNG

Semalam, genk Sis telah mencuba sesuatu yang baru iaitu Rock Climbing Via Ferrata di Paya Gunung, Jerantut. Via Ferrata ni berasal dari...