Sabtu, 11 Jun 2011

PERWATAKAN MELALUI TAHUN KELAHIRAN




TIKUS
(1912, 1924, 1936, 1948, 1960, 1972, 1984, 1996, 2008...)
Mereka yang di lahirkan di bawah tahun ini di gambarkan mempunyai tarikan tersendiri untuk jantina lawan.  Mereka bekerja keras untuk mencapai cita² mereka dan dikatakan tergolong dalam orang² yang mementingkan kesempurnaan.  Mereka sangat berhemat dalam perkara melibatkan wang ringgit.  Namun mereka mudah marah dan gemar bergosip.  Cita² mereka biasanya besar dan lazimnya mereka akan berjaya dalam hidup.  Sangat kompetitif bersama-sama dengan mereka yang dilahirkan dalam tahun naga, monyet dan lembu.

LEMBU
(1913, 1925, 1937, 1949, 1961, 1973, 1985, 1997, 2009...)
Orang² yang di lahirkan pada tahun ini adalah seorang yang penyabar, tidak banyak bercakap dan memberikan keyakinan kepada yang lain.  Namun mereka berkelakuan agak ganjil, berfikiran sempit dan mudah marah.  Walaubagaimanapun, mereka adalah golongan yang sangat bersedia sama ada secara mental ataupun fizikal.  Mudah bergaul, kadangkala mereka juga agak degil dan benci kepada kegagalan. Sangat sesuai bersama orang² dibawah zodiak ular, ayam mahupun tikus.

HARIMAU
(1914, 1926, 1938, 1950, 1962, 1974, 1986, 1998, 2010...)
Mereka yang berada di bawah zodiak harimau adalah orang yang sensitif, sentiasa memikirkan sesuatu secara mendalam dan sangat simpatetik.  Adakala boleh juga menjadi orang yang mudah  marah.  Orang lain biasanya akan menghormati mereka namun mereka juga boleh terlibat dalam konflik dengan orang yang lebih tua atau yang berkuasa.  Sesetangahnya tidak boleh membuat keputusan menyebabkan sesuatu tindakan lambat diambil ataupun sudah terlewat.  Mereka juga mencurigai orang lain namun mereka orang yang bersemangat kental dan berkuasa.  Mereka sesuai digandingkan bersama-sama mereka yang dilahirkan pada tahun kuda, naga dan anjing.

ARNAB
(1915, 1927, 1939, 1951, 1963, 1975, 1987, 1999, 2011...)
Tahun arnab melambangkan mereka yang petah, berbakat dan bercita-cita tinggi.  Mereka baik dan mempunyai citarasa yang bagus.  Mereka dikagumi, dipercayai, dan selalu bertuah dalam hidup.  Walaupun gemar kepada gosip namun mereka bijaksana dan susah untuk naik marah.  Mereka bijak mengendalikan perniagaan dan cermat.  Walaupun berupaya menjadi seseorang yang bagus dalam arena perjudian namun mereka jarang berjudi kerana mereka juga adalah orang yang konservatif dan berfikiran luas.  Sangat sesuai bergandingan dengan mereka dibawah zodiak kambing, babi dan anjing.

NAGA
(1916, 1928, 1940, 1952, 1964, 1976, 1988, 2000, 2012...)
Orang yang di lahirkan pada tahun naga ini adalah seorang yang sihat, sangat bertenaga, menyeronokkan, mudah marah dan degil.  Namun di sebalik itu mereka juga seorang yang jujur, sensitif, berani dan dapat memberikan inspirasi, keyakinan dan kepercayaan kepada orang lain.  Walaubagaimanapun mereka adalah orang yang ganjil dan luar biasa.  Mereka tidak akan meminjam wang mahupun petah memberikan ucapan tapi mereka akan mudah lembut hati yang kadangkala memberikan peluang kepada orang lain untuk mengambil kesempatan terhadap mereka.  Sangat sesuai bergandingan dengan orang kelahiran tikus, ular, monyet dan ayam.

ULAR
(1917, 1929, 1941, 1953, 1965, 1977, 1989, 2001, 2013...)
Mereka yang berada dibawah zodiak ini adalah orang yang sangat sedikit berkata-kata tetapi mempunyai pengetahuan yang luas.  Mereka tidak pernah risau tentang wang ringgit kerana kebiasaannya tuah menyebelahi mereka dalam soal kewangan.  Mereka agak mementingkan diri dan sombong, namun masih mempunyai perasaan simpati yang tinggi terhadap orang lain dan suka menolong orang yang kurang berkemampuan.  Mereka lebih suka bergantung kepada diri sendiri namun kadangkala sehingga berlebihan kerana sifat prasangka mereka pada orang lain.  Mereka yakin dengan tindakan mereka dan bencikan kegagalan.  Selalunya mereka ini berwajah menarik dan kadangkala menghadapi masalah dalam perkahwinan kerana sikap mereka yang suka berubah-ubah.  Sepadan bersama mereka dibawah zodiak lembu dan ayam.

KUDA
(1918, 1930, 1942, 1954, 1966, 1978, 1990, 2002, 2014...)
Mereka adalah orang yang popular.  Mereka sangat ceria, sangat cekap uruskan duit, tajam daya tanggapan walaupun adakalanya bercakap terlalu banyak.  Mereka juga adalah golongan yang bijak, berbakat dan mempunyai kemahiran dengan tangan namun adakalanya menjadi lemah bila berhadapan dengan jantina yang bertentangan.  Kurang sabar dan cepat marah tentang segala-galanya kecuali kerja seharian mereka.  Sukakan kepada hiburan dan suasana yang mempunyai ramai orang.  Sangat berdikari dan jarang mendengar nasihat.  Sepadan bergandingan bersama mereka yang lahir pada tahun harimau, anjing dan kambing.

KAMBING
(1919, 1931, 1943, 1955, 1967, 1979, 1991, 2003, 2015...)
Mereka tergolong sebagai orang yang elegan dan sempurna dalam seni.  Sekali imbas mereka akan dilihat sebagai orang yang lebih baik daripada zodiak² lain.  Namun mereka yang dilahirkan dalam tahun ini selalunya adalah seorang yang pemalu, pesimis dan kadangkala celaru dalam hidup.  Mereka adalah orang yang pentingkan agama.  Agak kelam kabut dalam percakapan namun mereka sentiasa bersemangat dalam apa yang mereka lakukan dan percayakannya.  Mereka tidak pernah risau untuk mendapat yang terbaik dalam hidup kerana kemahiran mereka membolehkan mereka mudah mendapat wang dan mereka juga gemarkan kesenangan yang mereka perolehi.  Mereka bukan sahaja bijak malah sopan dan mudah simpati.  Paling sesuai bergandingan bersama orang kelahiran tahun arnab, babi dan kuda.

MONYET
(1920, 1932, 1944, 1956, 1968, 1980, 1992, 2004, 2016...)
Kelahiran tahun ini melambangkan seorang yang pandai, berkemahiran dan berteloransi dan mereka juga sangat inventif serta asli serta mampu menyelesaikan masalah yang paling sukar sekalipun dengan mudah.  Ada beberapa bidang yang mereka tidak mampu mencapai kejayaan dan mereka juga dianggap seorang yang mudah menyetujui sesuatu perkara.  Mereka mahu melakukan sesuatu perkara pada masa itu juga dan sekiranya berlaku sebaliknya, mereka akan mudah menjadi tidak bersemangat dan ada kemungkinan meninggalkan terus kerja itu.  Walaupun bijak membuat keputusan tapi mereka gemar memandang rendah kepada orang lain.  Mereka gemar kepada pengetahuan dan mempunyai daya ingatan yang kuat.  Bersemangat tinggi serta kemarahan yang mudah untuk ditenangkan.  Sesuai berpadanan dengan zodiak naga dan tikus.

AYAM
(1921, 1933, 1945, 1957, 1969, 1981, 1993, 2005, 2017...) 
Mereka ini adalah orang yang mempunyai fikiran yang dalam, berkebolehan dan berbakat.  Mereka gemar menyibukkan diri dan setia melangkaui keupayaan mereka dan akan menjadi kecewa jika gagal.  Mereka agak ganjil dan selalu menghadapi hubungan yang sukar dengan  orang lain.  Mereka rasa mereka adalah pihak yang benar tetapi ia sebenarnya adalah betul.  Biasanya mereka keseorangan dan walaupun pihak lain nampak mereka sebagai seorang yang lasak dan gemarkan aktiviti, mereka bukanlah begitu sebenarnya.  Emosi mereka sama dengan hartabenda mereka, kadangkala berada pada tahap yang tinggi, kadangkala rendah.  Boleh juga menjadi seorang yang mementingkan diri atau terlalu lantang berkata-kata namun pada masa yang sama sangat menarik dan sangat berani.  Orang kelahiran tahun lembu, ular dan naga paling sesuai berpasangan dengannya.

ANJING
(1922, 1934, 1946, 1958, 1670, 1982, 1994, 2006, 2018...)
Orang di bawah kelahiran tahun anjing mempunyai sifat² terbaik bagi seseorang manusia.  Mereka sangat setia, jujur dan memberikan inspirasi serta keyakinan kepada orang lain kerana merka pandai menyimpan rahsia.  Namun kadangkala mereka juga sangat mementingkan diri, sangat degil dan ganjil.  Mereka kurang kisah pada kekayaan namun kewangan bukanlah menjadi masalah pada mereka.  Mereka juga  boleh menjadi agak dingin dalam suasana tertentu dan pandai pula mencari masalah dan diketahui juga suka bercakap melulu.  Tapi satu yang agak baik, jika mereka menjadi pemimpin atau ketua, mereka akan kendalikan kerja itu dengan baik.  Sesuai dipadankan dengan orang yang dilahirkan pada tahun kuda, harimau dan arnab.

BABI
(1923, 1935, 1947, 1959, 1971, 1983, 1995, 2007, 2019...)
Mereka yang dilahirkan pada tahun babi digambarkan seorang yang berani dan bersopan santun.  Apa sahaja yang mereka lakukan, mereka akan lakukannya dengan sepenuh hati.  Bagi mereka yang dilahirkan dalam tahun babi jantan, mereka tidak pernah mengalah selain mempunyai sifat jujur yang sangat mendalam.  Biasanya mereka jarang mempunyai kawan yang ramai namun kawan² di sisi mereka adalah untuk sepanjang hayat kerana mereka begitu setia.  Tidak banyak bercakap namun sangat dahagakan ilmu pengetahuan.  Banyak belajar dan selalunya banyak mempunyai maklumat.  Agak cepat marah namun mereka bukannya gemar kepada pergaduhan mahupun pertengkaran.  Sangat baik kepada orang² kesayangan mereka dan tak kira seteruk mana satu² masalah mereka akan cuba menyelesaikannya secara telus.  Orang² tahun kelahiran yang sesuai digandingkan dengannya ialah arnab dan kambing..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ROCK CLIMBING Via FERRATA, PAYA GUNUNG

Semalam, genk Sis telah mencuba sesuatu yang baru iaitu Rock Climbing Via Ferrata di Paya Gunung, Jerantut. Via Ferrata ni berasal dari...