Nama aku, FARAH.. Tu nama glamer la.. Kawan2 dok
panggil dengan nama tu.. Tapi ada juga kawan2 panggil dengan nama IVY.. Jugak
nama glamer... Tapi lebih ramai panggil FARAH.. Sebetulnya nama aku NUR FARAH
WAHIDA... Menurut Surat Lahir milik aku, aku selamat dilahirkan di Kg. Nagapas,
Papar, SABAH... Tapi celik jew bijik mata, aku membesar di kg yg aman damai -
Kg. Makaniton, Tenom, SABAH.. Jauh dari gejala tidak bermoral kota
metropolitan...
Mula bersekolah di SK
Pulong, Tenom.. Kemudiannya di SMK Tenom dan berpindah ke SM Vokasional,
Keningau.. Sebaik tamat SPM, aku ambik keputusan untuk bekerja sementara
menunggu keputusan SPM.. Mcm2 aku buat.. Dari jadi minah kilang, penjual
insurans, promoter, cashier smpi la jd kerani... Huhuhuhuhu, rupa2nya susah gak
nk hidup ni... Semua perlu duit... Apatah lagi memikirkan aku merupakan anak
pertama dari sembilan beradik.. Besaqnya tggjwb aku, kn???
Akhir pada semua tu, aku cuba2 la apply semua
keja2 kosong dalam kerajaan & jgk swasta.. Alhamdulillah, sangkut plak ngan
keja aku skrg ni.. Terdesak dgn kos hidup & rasa tggjwb pd family, aku pn
berhijrah la ke Tanah Semenanjung.. Semuanya kerana keja aku skrg ni.. Aku
bertekad untuk membina istana bahagia utk family aku berteduh memandangkan umh
pusaka peninggalan arwah atuk aku terlalu kecik utk tiga keluarga
mendiaminya....
Selepas lima tahun berkhidmat, akhirnya aku
mampu jgk membina teratak buruk utk keluarga aku berkumpul.. Semuanya hasil
keringat keluarga aku.. Dari bertukang, menyemen & sebagainya dilakukan
oleh parents & adik beradik aku jew.. Termasuk aku sekali la...
Heheheheheee.... Alhamdulillah, akhir tahun itu, kami sekeluarga mula mendiami
teratak tu wlu tdk sesempurna mahligai org lain.. Tp yg pnting hnya ada - aku,
mak aku, bapa aku, enam org adik laki aku & dua adik pompuan aku.. Hanya
kami....
Ha, nilah keluarga bahagia aku... Semasa sambutan raya tahun 2010 yg lalu... Aku rasa cepat jew masa berlalu sehingga dua adik pompuan aku dh menikah manakala adik laki aku yg sorg ni bakal menamatkn zaman bujangnya penghujung tahun ni... Aku jgk la bujang trang tang-tang... Hehehehee, tkpa kot.... Janji happykn...?? Heheheee....
Sekian la dulu catatan aku kali ni....
InsyaAllah kita jmpe di catatan akan dtg.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan