Semalam,
genk Sis telah mencuba sesuatu yang baru iaitu Rock Climbing Via Ferrata di Paya Gunung, Jerantut. Via Ferrata ni berasal
dari bahasa Itali yang bermaksud 'laluan
besi'. Ianya merupakan satu laluan di gunung di mana tangga, kabel keluli
dan pemegang besi di tanam di permukaan batu lereng gunung tersebut. Dengan
adanya Via Ferrata, pendaki boleh mendaki dengan risiko yang rendah dan tidak
perlu dilahirkan dengan bakat Rock
Climbing dan mendaki menggunakan tali dan 'belay'. Menarik bukan?
First time nampak iklan di Group HARAM [FB] punya la excited nak join. Sebab? Bila nampak
gambar yang di post punyalah
syantekkk view dia. Jadi Sis tidak berfikir panjang, melihat salah satu tarikh
(16/02/2019) yang ditawarkan tersebut Sis & The Genk terus daftarkan diri
untuk menyertainya. Untuk makluman, dalam Malaysia, hanya terdapat [2] via
ferrata iaitu di lokasi ini dan di Gunung Kinabalu!
Sebelum
mula mendaki via ferrata, peserta dikehendaki melunaskan bayaran RM80 seorang
bagi pakej pendakian (di via ferrata terdapat pakej lain iaitu caving explore, abseiling) kemudian
taklimat pendakian dan keselamatan diberikan.
Sis
& The Genk join trip sekali dengan peserta daripada PKNS. Segala urusan ini
kami deal dengan Cikgu Wan Ruhaiza bin Wan Daud.
Daripada
PJ kami bergerak seawal jam 05.00 pagi. Singgah subuh di Stesen Petronas laluan
highway ke Bentong (Maaf, Sis tak ingat lokasi). Perjalanan menurut Mr. Waze
lebih kurang dua jam dan 30 minit.
Sis
& The Genk sempat bersarapan di gerai tepi jalan sebelum masuk ke kawasan
penempatan Kg. Paya Gunung, Jerantut.. Mudah juga sebenarnya untuk sampai ke
lokasi ini. Berpandukan Mr. Waze, kami tiba lewat 10 minit daripada masa yang
ditetapkan oleh pihak penganjur.. Hahahaha, maaf yaaa..
Akhirnya
kami sampai di kawasan parking Paya Gunung. Pada ketika itu, Sis & The Genk
lihat peserta PKNS dah ramai standby. Tinggal menunggu pihak penganjur untuk
sampai dan taklimatkan..
Sebaik
pihak penganjur sampai, kami telah diberikan peralatan untuk mendaki. Taklimat
keselamatan juga diberikan oleh Cikgu Wan. Kami kemudiannya berjalan menuju ke starting point Puncak No 1 iaitu
bahagian bertangga besi. Puncak pertama difahamkan adalah setinggi 130 meter
manakala puncak kedua yang terletak di sebelah Puncak No 1 pula setinggi 150
meter.
Laluan
memanjat batu kapur ke Puncak No 1 tidaklah sesukar mana kecuali bahagian yang
melengkung ke luar, merembaskan andrelin bila mencari tempat berpijak dan
berpaut (boleh paut pada kabel besi, tapi nak kepuasan lebih buat ala-ala rock climbing). Di puncak No 1 terdapat
batu-batu tajam, agak sukar nak duduk lama2 dan agak panas yaaa. Ada beberapa
spot untuk posing ambil gambar di
puncak. Cabaran memanjat Puncak No 1 bukanlah masa menaik, tapi masa menurun.
Agak sukar mencari tempat nak berpijak. Tapi Sis rasa, lebih mencabar memanjat
daripada menurun.. Pemakaian kasut yang sesuai dan sarung tangan sangat la membantu
untuk aktiviti ini!
Puncak
No 2 selepas turun dari Puncak No 1, peserta kemudian perlu berjalan sedikit
untuk ke kaki Puncak No 2. Dari sini peserta ada dua pilihan untuk naik ke
bahagian memancat dinding samada melalui tangga kabel besi atau mendaki
bahagian yang terdapat akar pokok yang boleh dijadikan tangga. Sis & The
Genk memilih untuk naik melalui tangga kabel besi. Tidak seperti Puncak No 1,
bagi Sis laluan untuk naik ke Puncak No 2 lebih ok berbanding Puncak No. 1.
Puncak
No 2 lebih banyak view dan spot untuk
bergambar berbanding Puncak No 1. Tapi
seperti biasa, agak panas dan tempat untuk duduk pun tiada disebabkan batu²
yang ada semuanya tajam² belaka. Hahahaha, renting rasa! Namun melihat view yg
sangat cantik dari atas, Sis rasa sangat berbaloi.. Untuk mereka yang gayat,
Sis rasa ini bukan aktiviti sesuai untuk kalian!
Terus
terang Sis katakan bahawa Via Ferrata Paya Gunung adalah tempat yang sesuai
bagi menguji kemampuan diri. In Shaa Allah, jika diberi peluang sekali lagi,
Sis rasa nak panjat lagi. Dan kali ini biarlah sekali harung dengan Gunung
Senyum dan Air Terjun Berembun..
Sebab
trip kali ini, Sis & The Genk datang semata² untuk rock climbing sahaja..
Alhamdulillah,
Sis & The Genk selamat panjat dan turun.
Selepas
kembalikan peralatan keselamatan yang digunakan, kami bersihkan diri sebelum
solat zohor jamak asar sekali. Oh ya, di kaki gunung ni ada tandas dan surau
yang sangat selesa yaaaa.. Kapada yang berminat untuk panjat, bleh hubungi
Cikgu Wan untuk keterangan lanjut!
Pengalaman
yang sangat best!