Rabu, 19 Disember 2018

KAYUHAN BASIKAL : PULAPOL BUKIT SENTOSA

Semalam berlangsungnya Program "Community Policing" anjuran bersama PULAPOL Bukit Sentosa, Rawang dan Bahagian Latihan BA. Seawal jam 0700pagi, team kami telah berlepas menaiki bas dari IPP Bukit Aman menuju ke PULAPOL Bukit Sentosa. Ada yang menaiki kenderaan sendiri dan ada jugak yang rempit secara berkumpulan. Meriah sungguh rasanya. Hinggakan mungkin kat opis hanya tinggal (5) orang sahaja yang bertugas.. Hahahaha, sekali sekala apa salahnya kan?


Ni opismate Sis - Insp. Brantha
Ni la kami dok dalam bas pun sempat lagi selfie walaupun mata partner Sis tak tahu pandang apa dia ni.. Hohohohoho..

Setibanya kami di sana, kami terus mendaftar nama untuk join kayuhan basikal menuju ke Komuniti Orang Asli Kg. Templer Kai, Serendah, Rawang. Sebelum itu, kami ambik basikal dan buat sedikit regangan sebelum pihak Traffik memberi keterangan laluan yang bakal kami lalui. OMG 13KM sehala dengan off road yaaaa..


Semangat kena ada. Hahahaha


Ni Sis baru ambik beskal


Ni antara peserta kayuhan basikal kategori Wanita
Yess, tu bos Sis yg kt tengah - YDH DCP Dato' Narenasagaran
Ni Sis dah dilepaskan.....
Bila paparazi tangkap pic Sis tengah beraksi..
Sis suka pic ni, ala-ala pelumba beskal profesional nampak gayanya. Wakakakaka.. Jangan muntah hijau yaaa..

Akhirnya sampai jugak..
 Akhirnya Sis sampai jugak ke Komuniti Orang Asli Serendah selepas berkayuh 13KM non stop dengan jalan yang berliku, perit, sakit dan pahit.. Hohoho.. Muka pun dah macam udang kena sulah..


 

Seriusly, penat giler. Semput kot. Tapi Sis gagahkan jugak sebab Sis malu kalau Sis tak sampai. Kesian bos Sis, dah sampai dulu.. Tapi akhirnya Sis jadi peserta wanita pertama dari Bahagian Latihan BA yang sampai dulu. Waw, bangganya Sis. Kikikiki..


Sis sangat gembira sebab dapat menghabiskan 13KM dengan jayanya. Maka terhasil la pic yang begini rupa.. Hohohohoh.. 



Nampak tak muka Sis penuh dengan kepenatan....
Itulah yang Sis rasa..

   
Selepas breakfast bersama Komuniti Orang Asli, rombongan kami ada yang mandi kat Air Terjun Serendah tu. Kami jugak dihidangkan dengan persembahan menyumpit. Sis nak try tapi takut plak tertelan anak panah tu. Kahkahkah..


Selepas itu, kami bergerak balik semula ke PULAPOL Bukit Sentosa untuk menyudahkan program kami. Ini kerana kami masih ada sukaneka yang harus dihabiskan di sana.. So, rombongan kami pun berlepas balik. Ramai jugak yang basikal dah naik atas lori.. Depa dah tk larat kot na.. Sis pun dah tak larat sebenarnya tapi nak buat macam mana.. Gaya dah ada, tak kan naik lori kot?? Hahahahaha, layannnnn...


Akhirnya Sis selamat sampai ke PULAPOL selepas rasa nak pitam dengan teriknya matahari dan penatnya mengayuh..


See, Sis baru sampai. Letak basikal. Duduk ambik nyawa. Siap selfie. Alhamdulillah..


Muka rasa nak pitam bila-bila masa.. Seriusly, Sis rasa nak mandi, minum dan tidur puas2 saat ni. Sebab Sis sangat penat. 26KM pegi balik off road yaaaa.. Korg rasa??

Tapi alhamdulillah, Sis rasa happy sangat dengan aktiviti ini.
Kebetulan Sis memang suka aktiviti outdoor ni.

Terima kasih kalian kerana mewarnai kehidupan Sis..

Sekian dulu coretan Sis, ketemu lagi ya!!

Salam......

Ahad, 9 Disember 2018

KURSUS ASAS MENUNGGANG MOTOSIKAL BERAT [B]

September 2017

Sis melapor diri di Maktab Teknik PDRM Bakri, Muar Johor untuk mendapatkan Lesen B full pasukan (PDRM). Sis ingatkan boleh dapatkan lesen tu di sekitar institusi latihan PDRM sekitar KL. So, bleh la balik umah hari2, tapi bila dapat signal, kena p Muar plak.. Jauh jugak tu nak drive sensorg. Nasib baik la ada Mr. Waze yang setia menemani.. So, tkde hal.. Kursus ni selama 4 minggu jugak yaa.. Sis ada call incharge person kat sana nak tahu peralatan apa yg diperlukan.. Kot depa suh beli motor besaq ka.. Manataw kn.. Hahahahaa..

Sabtu, Sis dah gerak sendiri ke MTPDRM berbekalkan peralatan yg rasanya dah cukup lengkap untuk menimba ilmu. Sesampainya Sis kata sana, Sis daftar masuk asrama dulu. Tak sangka, Sis org pertama lapor. Biaq betoi?? Semangat giler.. Tkpe, sat g bleh p ronda2 kawasan..
 
 

Ok, inilah dia motor Sis sepanjang sebulan belajar bawak motor besaq ni.. Banyak jasa motor ni ngan Sis.. Berpanas berhujan taw ngan dia ni..

Dua hari pertama kami memang belajar undang-undang jalan raya, cara menunggang, part2 pada motor dan semuanya bab2 motor ni la.. Hari2 plak ada ujian tanda jalan raya.. Wajib lulus yaaa korg..


Haaaa, tengok ni. Sis belajar nk angkat motor yang jatuh. Berat dia hnya Allah yg tahu. Klu tahu teknik yg betul, mmg tk sukar. Tapi Sis bnyk kali jgk try hard nk angkat tapi tk lepas.. Kikikiki.. Maaf Pak Polisi.. Tapi akhirnya.. Pada hari ke-empat Sis dah berani bawa motor CBX 750 ni kuar jalan2..

Haaa, bleh la bawa sebab jalan dah di clearkan oleh para JL kami. Cer bawa sensorg, mo ada yg tolak motor balik MTPDRM (Sbnrnya time balik tu, Sis terlepas ride sensorg. Terpaksa la Sis tunggu tepi jalan kot2 ada yg lalu sebab Sis tk tahu jalan nk balik..) Ni sbb ada seorg rider yg jatuh.. Nasib tkde apa2..
 

Ini dia barisan team kami.. Yg jaket putih tu semua JL (Jurulatih bertauliah). Dalam empat minggu berkampung kat sini, kami ada Ujian Jalan Jarak Jauh, Jarak Sederhana dan Jarak Dekat. Seronok sangat sebenarnya kursus ni, apatah lagi bila dapat JL yang baik dan rakan sekursus yg sekepala.. Sangat sporting dan supportive!

Perjalanan jauh kami bermula dari MTPDRM Muar menuju ke Kuantan dan kami jugak singgah ke Dungun. Memang enjoy habis! Berpanas dan berhujan dah jadi makanan kami. Hadam jelah.. Isi minyak sendiri, tulis buku log sendiri, cuci motor sendiri, motor JL pun kami cucikan.. Baikkkk kan kami.. Hahahahaha..



Ni dia kawan2 Sis.. P mana2, semua bersama.. Seronok sangat time ni. Hilang seketika tension keje2 opis.. Hahahaha..
 
Kerana ujan lebat, team kami benti kat sebuah masjid (Tak ingat kat mana) sementara tggu ujan reda.. Bukan apa, dan basah lencun luar dalam ok.. Sis plak rabun, memalam kena la pakai spek.. Klu ujan, spek Sis jadi berkabus.. Tkde viper nk bersihkan.. Kan sengsara tu.. Hahahaha..


Ni time Sis and the genk nak buat ujian jalan. Hati memang berdebar2 sebab selama ni, kami jalan bawa motor ni ada jer JL eskot.. Time uji ni, hadap la jem ka, apa ka.. Pandai2 la urus dan fikir.. Sis dah mula nak nangesss.. Hahahaha.. Kot la jatuh kat jalan raya, mcm mana.. Malu la Sis. Kikikiki..

Ujian Jalan

Rollcall

Ni time Sis ujian 8

1st time Sis jatuh motor sepanjang 4 minggu kat sini. Tu pun semasa ujian angka 8. Sedihhhh betul Sis.. Nasib baik Sis tkde apa2, cuma lebam plak kat kaki ngan tangan.. Tak perasan pulak. Tapi nak bgtau korg yg Sis LULUS dengan jayanya yaaaa wlupun Sis org terakhir yg di uji sebab ketaqqqqqq..

YDH SAC Dato' Suhaimi, Komandan MTPDRM
Ni semasa team kami ride ke Dungun. Sempat makan tengahari sebelum balik ke Kuantan. Maaflah, Sis menyelit kat tengah2 tu. Hahahaha.. Ni YDH SAC Dato' Suhaimi -  Komandan Maktab Teknik PDRM Bakri, Muar. Kebetulan Dato' jugak merupakan peserta Kursus Asas Menunggang Motosikal Berat sekali dengan Sis.. Hebat tak Sis..?? Kikiki..

Makan-Makan time..

Time kursus paling best adalah bab2 makan. Sebab apa?? Di setiap perjalanan kami, kami pasti akan singgah makan di tempat2 yg glamer.. Hahaahha, Sis plak time ni jadi bendahari tukang pegang duit, so bab2 bayaran tu Sis akan settled, jgn risau..


Batu Pahat

Sis curik2 makan kek! Mengidam!
Nampak tak bab2 makan ni memang aktiviti seronok.. Hahahaha..
 
 
Ni kami isi bahan api sendiri yaaa, tapi tolong tuliskan dalam kertas untuk catitan masuk dalam buku log.. 


Disepanjang Perjalanan Kami

Disepanjang Perjalanan Kami - Masjid PULAPOL Segamat
Perbincangan antara Penghulu dan Bendahari


Bab-bab nak tongkat motorsikal ni memamg Sis lemah ckit sebab motor ni berat sangat2.. Mesti ada org bantu. Hehehe..


Cuci motorsikal sendiri..
Aktiviti yg menyeronokkan sebab kami main air.. Hahahaha..
 
Lawatan ke DefTech, Pekan, Kuantan, Pahang

Apa agaknya yg SM tengok kat atas tu.. Mungkin dia takut Sis jatuh kot, or tengah fikir mcm mana Sis bleh naik atas tu.. Hahahahaha..
Lawatan Sambil Belajar - DEFTECH
Berdebar tunggu turn. Semua doa Sis baca. Doa makan paling banyak diulang.
 
Sis in action!
Yay, bila dah berjaya..
Sis lapor selesai jalani ujian dengan jayanya..
Muka ada senyum bila dah LULUS.. Hahahaha..


 Inilah dia trek Sis belajar motosikal berat ni..

Alhamdulillah, tercipta sebuah kenangan di sini. Sis berjaya dapatkan lesen B full (Polis & Awam). Tunggu Sis beli motosikal berkuasa besar la kot slps ni kan..

Selamat tinggal MTPDRM.
Terima kasih ILMU yang diperturunkan kepada kami.
Hingga ketemu lagi..



[Disini Lahirnya Sebuah Cinta]



ROCK CLIMBING Via FERRATA, PAYA GUNUNG

Semalam, genk Sis telah mencuba sesuatu yang baru iaitu Rock Climbing Via Ferrata di Paya Gunung, Jerantut. Via Ferrata ni berasal dari...