Ahad, 18 November 2012

SELAMAT TINGGAL SEBUAH PENANTIAN

Alhamdulillah, akhirnya seluruh perasaan aku lega sebaik sahaja 6 pesanan ringkas (SMS) aku hantar untuk seseorang yang pernah dekat di hatiku.. Bukan mengungkit kisah silam, jauh sekali merayu simpati tetapi sekadar luahan rasa yang terbuku di hatiku selama ini.. Dan, yang paling penting ~ Aku memohon ampun & maaf di atas semua bentuk kesilapan aku terhadapnya selain memikirkan bahawa hari ini telah masuk tahun baru dalam Islam (Maal Hijrah). Kerana itu aku mengambil kesempatan untuk meluahkan rasa sekaligus menutup kisah kami secara baik..
Mengimbas kembali perjalanan perhubungan kami, aku sesali dengan semua benda yang telah berlaku.. Bukan niat untuk merendahkan dia dalam semua hal, tetapi aku berniat untuk menanam semangat dalam dirinya agar berubah & memperbaiki diri ke arah yang  lebih baik. Aku sangkakan dia menerima semua itu sebagai cabaran, tetapi lain pula jadinya.. Dia beranggapan aku mengutuk, menghina & tidak hormatkn dirinya.. Sedih, memang sedih! Lain yang aku harapkan, lain pula jadinya..
Sudahnya, hubungan yang diharapkan akan berada dalam bahagia, bertukar mimpi ngeri.. Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, akhirnya hubungan kami semakin renggang dan terus terputus tanpa ada perbincangan untuk membawa kepada penyelesaian yang harmoni.. Bukan aku tidak berusaha untuk menyelamatkan situasi hubungan itu, namun apalah kuasa aku jika hanya aku sahaja yang berusaha namun tidak di pihaknya. Setiap panggilan mahu pun pesanan ringkas (SMS) dariku langsung tidak pernah dijawab, jauh sekali membalasnya.. Apalah lagi dayaku untuk menyelamatkan hubungan ini, sedangkan dia lebih selesa begini ~ tanpa aku dihatinya..
Masih ku ingat aidilfitri yang lalu, ibuku meminta aku menghubunginya, namun sampai ke sudah dia tidak menjawabnya.. Sedangkan ibu hanya ingin bertanya tentang hubungan kami.. Lebih memilukan, sebelumnya dia memberikan sejuta alasan untuk tidak mahu menghantar aku ke airport (balik kampung sempena raya). Pun begitu, aku masih bersabar.. Mungkin salah aku sehingga dia tergamak melakukan semua ini kepada aku...
Kemuncak rasa terkilan aku apabila aku meminta pertolongannya untuk menghantarkan aku makanan semasa aku tidak berdaya (sakit chicken pox), namun dia memberikan bermacam-macam alasan.. Alasan untuk tidak menghulurkan bantuan pada aku.. Aku sedih sangatttttt.. Terkilan yang teramattttt.. Sampai sebegini sekali dia perlakukan aku, sedangkan suatu ketika dulu ~ aku pernah bertaktha di hatinya.. Kenapa begini teruknya dia tergamak melayan aku??
Justeru, hari ini aku telah nekad.. Aku berhenti berharap sesuatu yang tidak pasti.. Sesuatu yang tidak lagi menghargai perasaan aku, jauh sekali mencintai aku seadanya.. Aku mahu merdekakan perasaan aku, buang semua apa yang pernah terjadi dalam hubungan lalu kami.. Memulakan sekali lagi kehidupan baru di tahun baru Islam ini.. Bukan kerana aku membenci dia, tapi kerana aku sedar, rupanya dia lebih bahagia tanpa aku....
Masakan tidak, dia telah pun temui pengganti aku dihatinya.. Walau sedikit sedih, beberapa titisan air mata, demi untuk kebahagiannya aku redha.. Mungkin ini yang terbaik untuk kami.. Mungkin juga dia bukanlah insan terbaik untuk menjadi pelindung bagiku, dan begitu juga sebaliknya, mungkin aku bukanlah insan terbaik untuk berkhidmat padanya.. Kerana itu, aku wajib melupakan sebuah harapan bersamanya kerana keyakinan ku telah musnah dengan hadirnya seseorang di antara kami...
Untukmu teman,
Aku sentiasa mendoakan yang terbaik untukmu. Walau sesedih mana pun aku memikirkan dirimu, aku redha.. Aku tahu, kau lebih gembira tanpa aku.. Dan yang paling pasti lagi, aku juga berjanji untuk berhenti menghubungimu walau apa cara sekali pun ~ semua ini demi kebahagiaanmu.. Aku tidak berdendam, juga telah memaafkan namun sukar rasanya untuk menghilangkan rasa terkilan ini...
Akhir sekali, maafkan aku diatas semuanya yang telah berlaku.. Jujurnya, rasa sayang untukmu masih bersisa.. Namun, rasa terkilan lebih menggunung untukmu.. Semoga kita sama-sama bahagia dengan kehidupan dan keputusan ini.. Moga tiada dendam & halalkan segalanya.. SELAMAT TINGGAL untuk perhubungan kita, mungkin ini yang terakhir aku berbicara soal hubungan kita.. TERIMA KASIH yang tidak terhingga atas semua yang telah pun berlaku..

Cinta Itu Bukan Milik Ku Lagi,
:: Nur Farah Wahida ::

ROCK CLIMBING Via FERRATA, PAYA GUNUNG

Semalam, genk Sis telah mencuba sesuatu yang baru iaitu Rock Climbing Via Ferrata di Paya Gunung, Jerantut. Via Ferrata ni berasal dari...